Sunday 18 August 2013

Salam Aidilfitri


 
 
 
 
Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.. Bukan main berjubah gitu aku. Dah lama aku mengidam nak pakai jubah time hari raya. Tengok aku lari tema, family aku pakai warna purple, aku pulak? hahahaha.. sesuka hati je.. Lepas tu aku pun menghasut adik aku Syuriani, ajak teman aku pakai jubah.. hehehe.. At least aku tak lah keseorangan kan? haha.. Lagipun mula-mulanya mak cakap tema tahun ni kuning, last2 aku dah ada baju warna kuning, aku tengok mak aku beli baju warna ungu? =.= ... Aku takde, tu yang aku pakai jubah.huhuhuhu.. Tapi jubah yang aku mengidam sangat-sangat, dari tahun lepas lagi. Jubah warna putih.. huhuhu.. Suci je.. Sampai sekarang masih mengidam.. Bukan mengidam dek kerana pembawakan budak, sebab aku pun tak kahwin lagi =.= , tapi disebabkan aku rasa sesuatu dengan baju jubah putih.. Apa yang aku rasakan pun aku tak tahu? Tapi selagi tak dapat aku resah je.. Nak beli, haih? Aku tak kerja, cuti ni duduk rumah semata-mata. Pagi-pagi pergi stadium, bukan pergi jogging ke apa, tapi pergi main dengan kucing..hehehe.. Bagi kucing makan.. Aku pergi dengan ayah. Kucing tu warna oren + putih.. Comel gila! Aku panggil.. Mok.. sebab dia tembam macam aku..hahaha.. Dan sekali lagi aku menggila dengan mengutip kucing tersebut, dan bawa balik kerumah..hehehehe.. Sekarang rumah dah ada kucing, Yayyy!!! Dah ajar dia buang air kat toilet, ngeee... Simple! Bab2 mengasuh ni hujung jari je..kekekekeke.. 
 
Okay, apelah. tajuk raya, tapi cerita kucing lah apelah.. Haish kyra.. =.= ... Okay.. Back kepada topik kita... Acecece...Tahun ni as usual lah kan, balik kampung dekat Melaka. Kebiasaannya memang kami ni orang yang pertama sampai ke kampung. Aku dengan adik-adik sangat takut dengan nenek. Nenek sangat garang! huhuhu...Kalau tengah tidur, tiba-tiba dengar nenek panggil, menggelupur rasa, jantung macam terhenti.. Terus berlari menyorok. Bila rasa macam nenek dah kool sikit, barulah kami tunjuk muka..hohohoho.. Mak memang suka sangat tengok kami adik beradik kecut perut.. Hahahaha.. Mak berkuasa dua kali ganda kat kampung. Segala arahan mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan segera kalau taknak kena dengan nenek..hihihi.. Comel nenek aku ni..hahaha..

Eh.. aku ada hal.. hohohohoho..Nanti-nantilah aku tulis ye aokme sekalian.. Bye2...

Sunday 11 August 2013

Titik permulaan


Okeh dah raya ye.. Cepat je masa berlalu.. Banyak yang aku nak tulis kat sini, tapi, bila aku buka je blog aku ni, mesti emosi aku jadi tak stabil, so aku akan mengarut je lebih, layan persaan kecewa sangat.. Itu lah padahnya. Aku pula jenis sensitif. Aku nak tulis yang happy2, seronok, tapi haish.. Jadi camni pula.. Jadi malas nak tulis.. Jadi untuk post kali ni aku nak cerita pasal result aku hari tu.. Yeayy.. Satu wish aku dah tercapai, Alhamdulillah.. Deanlist :)

So, aku dah boleh tick wish dalam wishlist aku tu .. Dan aku akan berusaha untuk mencapai yang terbaik. Dan aku berazam nak buat yang terbaik. Aku juga berharap, semua wish aku tu tercapai. Mudah-mudahan. InsyaAllah, Amin..

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan yang banyak tolong aku, Hidayah, Fitriah, Wan Faizal, Nabihah, Norzalilah, Raihana dan semua lah..hehehe.. Terima kasih korang.. Specially cikgu aku, Nurul Hidayah Yaacob :)

Ni Hidayah dan Wan Faizal. Seminggu study week , memang kami tak sia-siakan. Kami akan pergi library, lepas Isyak dan akan berjaga sampai pukul 5 pagi atau hampir Subuh, sebab takut kami terlelap nanti bila balik kolej, terlepas pula waktu Subuh kan. Bila dah Solat Subuh, kami akan tidur sekejap. Kami selalu belajar dekat Ptar 3, dekat fakulti Kejuruteraan Elektrik, sebab dekat dengan kolej kami, so boleh jalan kaki je :)..Tapi maklumlah bila berjaga lama, mulalah nak tidur lebih kan. Bangun pula nanti mesti lambat, so cikgu aku ni Hidayah, dia akan contact anak murid dia, hehehe..kejutkan.. supaya, study..study..study.. Cikgu yang sgt berdedikasi kan? Dan Alhamdulillah, Kami bertiga Deanlist :)


Ni time bosan, kami release tension, Yayy, pergi jalan-jalan kat I-city dan lepak dekat kedai mamak sampai pukul 4 pagi.. Aku ni tak boleh tinggal sorang-sorang kat bilik kat kolej tu, nanti aku meroyan, maklumlah orang tengah kecewa..huhu.. So diorang mesti tak lupa ajak aku.. Biar happy, tak stress kan.. Time ni tengah studyweek juga :)

Raihana and Wan Faizal.. diorang ni suka buat konon2 cute.. Memang sekepala lah diorang ni..umur pon sebaya, 22 tahun.. Tua setahun dari aku..haha..  Yang kat tengah tu pula Shamir Anuar, tp kiteorang panggil dia Kokoy.

Ni Cikgu Hidayah dengan anak murid dia Wan Faizal

Korang semua, aku sayang korang.. :).. Thanks semua.. Terima kasih sangat-sangat. Bulan 9 ni, kita dah masuk Tahun Ketiga. Semester 5. Jadi jom buat yang terbaik. Deanlist tu baru titik permulaan, aku tak boleh putus asa, walau apapun yang menimpa aku, aku akan tabah. Sebab aku tahu, aku kuat, aku mampu dan aku takkan berhenti berharap. 

#Saling mendoakan
#Saling menolong
#Saling menguatkan

Indahnya persahabatan. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Aku sayang korang!!
Mmmuahh..mmmuahhh..mmmuahhh


Friday 9 August 2013

Hampa

 
 
Setiap kali aku tahu akan hampa, tap kenapa hati ni degil?
 
Kau dilahirkan bukan untuk dikecewakan? Tapi kenapa kau berdegil?
 
Kenapa rela biar diri disakiti berulang-kali ?

Kenapa masih berada di takuk yang lama?

Kenapa biarkan air mata membasahi pipi lembutmu?

Kenapa membiarkan dia terus menyakitimu?

Kenapa biarkan hampa menguasai dirimu?

Masa silam yang membebankan?

Maju dan berkatalah selamat tinggal kepada masa lalu mu..

Dan berkatalah 'Selamat datang' kepada masa depanmu..


Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira