Sunday 10 November 2013

Dia dan dunianya~

 
Wah lama aku tak menjejakkan kaki kesini..  Dah agak bersawang, passwod pun hampir lupa.... Maklumlah umur semakin lanjut (Macam dah tua sangat je kononnya )..
 
Banyak yang terpendam dihati, kalau diluah, seribu tahun pun tak habis... Kalau disimpan, pedihnya mencucuk-cucuk. Seorang gadis yang begitu kental hatinya tidak tahan menanggung perit.. Hanya mampu berdiam diri, termenung, membiarkan air mata hangat membasahi pipi tatkala dirinya terasa keseorangan tanpa teman disisi... Otaknya ligat memikirkan apa salah dirinya.. Kecelaruan menerpa dimindanya.. Dia cuba mengukir senyuman disebalik luka, dan berpura-pura gembira dikhalayak umum.. Oh sungguh hipokrit dirasakan dirinya ketika itu...'Aku berpura-pura, sungguh aku berdosa dengan mengatakan aku tidak apa-apa'.. Maaf sahabatku..

Tatkala hatinya lemah, hadir seorang teman.. Dia berkata kepada gadis itu..
 
' Wahai sahabatku,menangislah
 kerana itu akan membuatkan engkau berasa lega, Wahai sahabatku ingatlah bahawasanya Allah tidak akan memberi sesuatu ujian jika ia tidak setimpal dengan kemampuanmu.. Ingatlah sahabatku, engkau sangat kuat untuk menempuh semua luka terpendam yang kau rasakan sekarang..'
 
Lalu gadis itu terdiam.. Dia tahu benar akan kata sahabatnya itu.. 
Tetapi... dia masih lagi keliru, dan terus dihanyut kebuntuan.. Maka terperangkaplah dia dalam dunia gelapnya, sedangkan ada teman yang  sentiasa berada disisinya, dan memerhatikan setiap gerak-gerinya.. Gadis itu seakan sesat didalam dunia gelapnya sendiri.. Dunia yang diciptakan kerana kecelaruan dirinya, kepahitan yang disimpan.. Keyakinan dirinya serta merta merudum, dia mula 
 merasakan dirinya serba tidak kena.. '
 
 Oh, mungkin betul apa yang dikatakan mereka. Kata-kata negatif yang dilontarkan terhadap dirinya..' Seakan dia lupa hakikat akan  semua manusia sama sahaja.. Tidak ada cacat cela pada dirinya.. Jadi tiada apa yang perlu dikhuatirkann.. Allah masih ada untuk dirinya, dan seharusnya dia bersyukur kerana dia masih dalam perhatian Allah.. Akan tetapi, dek kerana terlalu peduli dengan kata orang, akhirnya memberi impak kepada dirinya sendiri.. Kata sahabatnya, orang yang terlalu peduli akan kata orang, tidak akan kemana.. Tapi gadis itu, masih lagi mengambil peduli akan kata orang..  Dan akhirnya menjadi seorang yang sangat lemah, lemah fizikal dan mentalnya, hanya mampu mengerut dahinya dek kerana pedih yang mencucuk hatinya, hanya mampu menutup matanya untuk melupakan walaupun cuma untuk sementara.. Sampai bila gadisku??
 
Pilihan ditangannya.. Untuk terus kekal didunia gelapnya atau mencari jalan keluar dari dunia gelapnya.. 
 
 Atau
 
Adakah akan hadir seseorang didalam hidupnya dan membawa dia pergi dari dunia gelap ciptaannya sendiri, dan membawa dia kedunia realiti, di mana ada Kurniaan Ilahi akan indahnya pelangi selepas hujan, keindahan mentari dan kehijauan alam yang menenangkan jiwa..
 
#Kisah benar tentang seorang gadis...
 
 


No Pain , No Gain...

thing doesn't kill u makes you stronger..

“You've gotta dance like there's nobody watching,
Love like you'll never be hurt,
Sing like there's nobody listening,
And live like it's heaven on earth.”
Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira