Sunday 10 November 2013

Dia dan dunianya~

 
Wah lama aku tak menjejakkan kaki kesini..  Dah agak bersawang, passwod pun hampir lupa.... Maklumlah umur semakin lanjut (Macam dah tua sangat je kononnya )..
 
Banyak yang terpendam dihati, kalau diluah, seribu tahun pun tak habis... Kalau disimpan, pedihnya mencucuk-cucuk. Seorang gadis yang begitu kental hatinya tidak tahan menanggung perit.. Hanya mampu berdiam diri, termenung, membiarkan air mata hangat membasahi pipi tatkala dirinya terasa keseorangan tanpa teman disisi... Otaknya ligat memikirkan apa salah dirinya.. Kecelaruan menerpa dimindanya.. Dia cuba mengukir senyuman disebalik luka, dan berpura-pura gembira dikhalayak umum.. Oh sungguh hipokrit dirasakan dirinya ketika itu...'Aku berpura-pura, sungguh aku berdosa dengan mengatakan aku tidak apa-apa'.. Maaf sahabatku..

Tatkala hatinya lemah, hadir seorang teman.. Dia berkata kepada gadis itu..
 
' Wahai sahabatku,menangislah
 kerana itu akan membuatkan engkau berasa lega, Wahai sahabatku ingatlah bahawasanya Allah tidak akan memberi sesuatu ujian jika ia tidak setimpal dengan kemampuanmu.. Ingatlah sahabatku, engkau sangat kuat untuk menempuh semua luka terpendam yang kau rasakan sekarang..'
 
Lalu gadis itu terdiam.. Dia tahu benar akan kata sahabatnya itu.. 
Tetapi... dia masih lagi keliru, dan terus dihanyut kebuntuan.. Maka terperangkaplah dia dalam dunia gelapnya, sedangkan ada teman yang  sentiasa berada disisinya, dan memerhatikan setiap gerak-gerinya.. Gadis itu seakan sesat didalam dunia gelapnya sendiri.. Dunia yang diciptakan kerana kecelaruan dirinya, kepahitan yang disimpan.. Keyakinan dirinya serta merta merudum, dia mula 
 merasakan dirinya serba tidak kena.. '
 
 Oh, mungkin betul apa yang dikatakan mereka. Kata-kata negatif yang dilontarkan terhadap dirinya..' Seakan dia lupa hakikat akan  semua manusia sama sahaja.. Tidak ada cacat cela pada dirinya.. Jadi tiada apa yang perlu dikhuatirkann.. Allah masih ada untuk dirinya, dan seharusnya dia bersyukur kerana dia masih dalam perhatian Allah.. Akan tetapi, dek kerana terlalu peduli dengan kata orang, akhirnya memberi impak kepada dirinya sendiri.. Kata sahabatnya, orang yang terlalu peduli akan kata orang, tidak akan kemana.. Tapi gadis itu, masih lagi mengambil peduli akan kata orang..  Dan akhirnya menjadi seorang yang sangat lemah, lemah fizikal dan mentalnya, hanya mampu mengerut dahinya dek kerana pedih yang mencucuk hatinya, hanya mampu menutup matanya untuk melupakan walaupun cuma untuk sementara.. Sampai bila gadisku??
 
Pilihan ditangannya.. Untuk terus kekal didunia gelapnya atau mencari jalan keluar dari dunia gelapnya.. 
 
 Atau
 
Adakah akan hadir seseorang didalam hidupnya dan membawa dia pergi dari dunia gelap ciptaannya sendiri, dan membawa dia kedunia realiti, di mana ada Kurniaan Ilahi akan indahnya pelangi selepas hujan, keindahan mentari dan kehijauan alam yang menenangkan jiwa..
 
#Kisah benar tentang seorang gadis...
 
 


No Pain , No Gain...

thing doesn't kill u makes you stronger..

“You've gotta dance like there's nobody watching,
Love like you'll never be hurt,
Sing like there's nobody listening,
And live like it's heaven on earth.”

Sunday 18 August 2013

Salam Aidilfitri


 
 
 
 
Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.. Bukan main berjubah gitu aku. Dah lama aku mengidam nak pakai jubah time hari raya. Tengok aku lari tema, family aku pakai warna purple, aku pulak? hahahaha.. sesuka hati je.. Lepas tu aku pun menghasut adik aku Syuriani, ajak teman aku pakai jubah.. hehehe.. At least aku tak lah keseorangan kan? haha.. Lagipun mula-mulanya mak cakap tema tahun ni kuning, last2 aku dah ada baju warna kuning, aku tengok mak aku beli baju warna ungu? =.= ... Aku takde, tu yang aku pakai jubah.huhuhuhu.. Tapi jubah yang aku mengidam sangat-sangat, dari tahun lepas lagi. Jubah warna putih.. huhuhu.. Suci je.. Sampai sekarang masih mengidam.. Bukan mengidam dek kerana pembawakan budak, sebab aku pun tak kahwin lagi =.= , tapi disebabkan aku rasa sesuatu dengan baju jubah putih.. Apa yang aku rasakan pun aku tak tahu? Tapi selagi tak dapat aku resah je.. Nak beli, haih? Aku tak kerja, cuti ni duduk rumah semata-mata. Pagi-pagi pergi stadium, bukan pergi jogging ke apa, tapi pergi main dengan kucing..hehehe.. Bagi kucing makan.. Aku pergi dengan ayah. Kucing tu warna oren + putih.. Comel gila! Aku panggil.. Mok.. sebab dia tembam macam aku..hahaha.. Dan sekali lagi aku menggila dengan mengutip kucing tersebut, dan bawa balik kerumah..hehehehe.. Sekarang rumah dah ada kucing, Yayyy!!! Dah ajar dia buang air kat toilet, ngeee... Simple! Bab2 mengasuh ni hujung jari je..kekekekeke.. 
 
Okay, apelah. tajuk raya, tapi cerita kucing lah apelah.. Haish kyra.. =.= ... Okay.. Back kepada topik kita... Acecece...Tahun ni as usual lah kan, balik kampung dekat Melaka. Kebiasaannya memang kami ni orang yang pertama sampai ke kampung. Aku dengan adik-adik sangat takut dengan nenek. Nenek sangat garang! huhuhu...Kalau tengah tidur, tiba-tiba dengar nenek panggil, menggelupur rasa, jantung macam terhenti.. Terus berlari menyorok. Bila rasa macam nenek dah kool sikit, barulah kami tunjuk muka..hohohoho.. Mak memang suka sangat tengok kami adik beradik kecut perut.. Hahahaha.. Mak berkuasa dua kali ganda kat kampung. Segala arahan mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan segera kalau taknak kena dengan nenek..hihihi.. Comel nenek aku ni..hahaha..

Eh.. aku ada hal.. hohohohoho..Nanti-nantilah aku tulis ye aokme sekalian.. Bye2...

Sunday 11 August 2013

Titik permulaan


Okeh dah raya ye.. Cepat je masa berlalu.. Banyak yang aku nak tulis kat sini, tapi, bila aku buka je blog aku ni, mesti emosi aku jadi tak stabil, so aku akan mengarut je lebih, layan persaan kecewa sangat.. Itu lah padahnya. Aku pula jenis sensitif. Aku nak tulis yang happy2, seronok, tapi haish.. Jadi camni pula.. Jadi malas nak tulis.. Jadi untuk post kali ni aku nak cerita pasal result aku hari tu.. Yeayy.. Satu wish aku dah tercapai, Alhamdulillah.. Deanlist :)

So, aku dah boleh tick wish dalam wishlist aku tu .. Dan aku akan berusaha untuk mencapai yang terbaik. Dan aku berazam nak buat yang terbaik. Aku juga berharap, semua wish aku tu tercapai. Mudah-mudahan. InsyaAllah, Amin..

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan yang banyak tolong aku, Hidayah, Fitriah, Wan Faizal, Nabihah, Norzalilah, Raihana dan semua lah..hehehe.. Terima kasih korang.. Specially cikgu aku, Nurul Hidayah Yaacob :)

Ni Hidayah dan Wan Faizal. Seminggu study week , memang kami tak sia-siakan. Kami akan pergi library, lepas Isyak dan akan berjaga sampai pukul 5 pagi atau hampir Subuh, sebab takut kami terlelap nanti bila balik kolej, terlepas pula waktu Subuh kan. Bila dah Solat Subuh, kami akan tidur sekejap. Kami selalu belajar dekat Ptar 3, dekat fakulti Kejuruteraan Elektrik, sebab dekat dengan kolej kami, so boleh jalan kaki je :)..Tapi maklumlah bila berjaga lama, mulalah nak tidur lebih kan. Bangun pula nanti mesti lambat, so cikgu aku ni Hidayah, dia akan contact anak murid dia, hehehe..kejutkan.. supaya, study..study..study.. Cikgu yang sgt berdedikasi kan? Dan Alhamdulillah, Kami bertiga Deanlist :)


Ni time bosan, kami release tension, Yayy, pergi jalan-jalan kat I-city dan lepak dekat kedai mamak sampai pukul 4 pagi.. Aku ni tak boleh tinggal sorang-sorang kat bilik kat kolej tu, nanti aku meroyan, maklumlah orang tengah kecewa..huhu.. So diorang mesti tak lupa ajak aku.. Biar happy, tak stress kan.. Time ni tengah studyweek juga :)

Raihana and Wan Faizal.. diorang ni suka buat konon2 cute.. Memang sekepala lah diorang ni..umur pon sebaya, 22 tahun.. Tua setahun dari aku..haha..  Yang kat tengah tu pula Shamir Anuar, tp kiteorang panggil dia Kokoy.

Ni Cikgu Hidayah dengan anak murid dia Wan Faizal

Korang semua, aku sayang korang.. :).. Thanks semua.. Terima kasih sangat-sangat. Bulan 9 ni, kita dah masuk Tahun Ketiga. Semester 5. Jadi jom buat yang terbaik. Deanlist tu baru titik permulaan, aku tak boleh putus asa, walau apapun yang menimpa aku, aku akan tabah. Sebab aku tahu, aku kuat, aku mampu dan aku takkan berhenti berharap. 

#Saling mendoakan
#Saling menolong
#Saling menguatkan

Indahnya persahabatan. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Aku sayang korang!!
Mmmuahh..mmmuahhh..mmmuahhh


Friday 9 August 2013

Hampa

 
 
Setiap kali aku tahu akan hampa, tap kenapa hati ni degil?
 
Kau dilahirkan bukan untuk dikecewakan? Tapi kenapa kau berdegil?
 
Kenapa rela biar diri disakiti berulang-kali ?

Kenapa masih berada di takuk yang lama?

Kenapa biarkan air mata membasahi pipi lembutmu?

Kenapa membiarkan dia terus menyakitimu?

Kenapa biarkan hampa menguasai dirimu?

Masa silam yang membebankan?

Maju dan berkatalah selamat tinggal kepada masa lalu mu..

Dan berkatalah 'Selamat datang' kepada masa depanmu..


Monday 1 July 2013

In the shadows

 
"In The Shadows"

No sleep
No sleep until I am done with finding the answer
Won't stop
Won't stop before I find a cure for this cancer
Sometimes
I feel like going down and so disconnected
Somehow
I know that I am haunted to be wanted

I've been watching
I've been waiting
In the shadows for my time
I've been searching
I've been living
For tomorrows all my life

In the shadows

In the shadows

They say
That I must learn to kill before I can feel safe
But I
I'd rather kill myself than turn into their slave
Sometimes
I feel that I should go and play with the thunder
Somehow
I just don't wanna stay and wait for a wonder

I've been watching
I've been waiting
In the shadows for my time
I've been searching
I've been living
For tomorrows all my life

Lately I been walking walking in circles, watching waiting for something
Feel me touch me heal me, come take me higher

I've been watching
I've been waiting
In the shadows all my time
I've been searching
I've been living
For tomorrows all my life
I've been watching
I've been waiting
I've been searching
I've been living for tomorrows

In the shadows

In the shadows
I've been waiting

Saturday 8 June 2013

Just give me a reason

 
 
Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again 

Fate


I kiss many frogs, but I didn't manage to find my prince

Katak puru je ada lah. Semua jenis main perasan orang je, ambil kesempatan. Not my prince.. 

Dengan muka yang tak berapa nak segak, perangai yang tak berapa nak molek, memang lah kan.

Not attractive..

hanya untuk dimain, dan diguna dan selepas itu dibuang.. Terima kasih banyak-banyak

Just give me a reason..
Right from the start, you were a thief
You stole my heart, 




Monday 27 May 2013

kenapa?

 

Persoalan yang menerpa

Semakin kurus??
 
Mata lebam, bengkak??

Tak makan??

Makin pendiam??

Banyak termenung??

Kenapa asyik tidur??

Kenapa menangis dalam diam??
 
Kenapa tak rajin macam dulu??
 
Kenapa nampak lesu??
 
Sakit ke??
 
Ada masalah ke??
 

KENAPA?????

 
Cuba beritahu NUR SYAKIRA FAZLIN?????

Aku hanya mampu menjawab..:

Tak ada apa-apa..Aku ok.. 

Tak makan sebab tak ada selera...
Asyik tidur sebab penat, dan tak mahu teringat banyak perkara..
Tak rajin sebab malas..
Mata lebam.. Sbb mmg macam tu.. 
Sakit?? haah.. Nanti aku g jumpa doktor ye..
Masalah? Semua orang ada masalah..
Menangis?? sebab dah bosan gelak ketawa..
Termenung?? Sebab mmg hobi..

Maaf kalau jawapan menyakitkan hati... Kadang-kadang tak semua benda kita boleh cerita dengan orang..
Nanti jadi semakin complicated..aku dah serik... 

Sekian 

Wednesday 8 May 2013

Berharap mimpi menjadi nyata, tapi tetap sekadar mimpi?




     Pernah anda bermimpi?? Jawapannya mestilah pernah kan? Sama ada kita bermimpi untuk memiliki sesuatu, bermimpi buruk atau mimpi Petunjuk dari ALLAH, ataupun dapat disimpulkan yang korang hanya sekadar bermimpi... Berharap mimpi menjadi nyata, namun mimpi tetap sekadar mimpi..

Istikharah?? 

Untuk membimbing kita membuat keputusan yang terbaik dalam memilih sesuatu.
Disertakan doa,
"Ya Allah Sesungguhnya aku memohon petunjuk memilih yang baik menurut pengetahuanMu, aku memohon kepastian dengan kudratMu dan aku memohon dengan kurniaanMu yang amat banyak kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa. Engkau Amat Mengetahui sedangkan aku tidak tahu dan Engkaulah Maha Mengetahui Segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini...... (sebutkan perkaranya) baik bagiku, agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkan aku kepadanya. Tetapi jika dalam PengetahuanMu hal ini tidak baik untukku, agamaku, peghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun pada masa akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan elakkanlah aku daripadanya dan tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada kemudian redhakanlah aku dengannya, Sesungguhnya Engkau berkuasa diatas segala sesuatu".

Melalui istikharah, biasanya kita akan memperoleh petunjuk dari Allah, dalam bentuk mimpi atau mungkin sering teringat (perkara yang dipinta), (kecenderungan hati).. Tetapi solat Istikharah perlu dilakukan secara berterusan.Istikharah perlulah dilakukan dengan cara dan niat yang betul disamping penuh yakin dan meredhai segala ketetapan dan petunjuk daripada Allah SWT. Istikharah perlu dilakukan beserta dengan istisyarah di dalam suasana yang tiada kecederungan nafsu. Penuh pengharapan kepada Allah kerana tiada keupayaan dan kekuatan melainkan dari Allah SWT. Tiada manfaat dan mudharat melainkan daripada Allah SWT jua...

Redha dan terima dengan hati yang terbuka mengenai apa sahaja petunjuk dari ALLAH.. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Berusaha, dan berdoa kepada Allah, insyaALLAH itu yang terbaik untuk anda..Ini kerana berkemungkinan apa yang diperolehi setelah istikharah itu disebabkan oleh emosi atau terkesan daripada perbuatan-perbuatan lain yang berkait dengan nafsu atau perasaan.

Mimpi

Mimpi diiktiraf di dalam Islam. Ini kerana mimpi bagi para rasul dan nabi merupakan petanda kerasulan mereka dan penurunan wahyu kepada mereka. Mimpi yang benar sepertimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW merupakan sesuatu yang wajib diimani serta boleh dijadikan hujah. Pelbagai tafsiran mimpi yang telah dibuat oleh para ulama terdahulu seperti tafsiran mimpi yang ditulis oleh Ibnu Sirin.

Adapun mimpi-mimpi yang datang (ketika proses istikharah) merupakan takwilan atau pandangan-pandangan yang tiada asalnya di dalam Islam. Jika ini berlaku, dan mimpi itu datang selepas melaksanakan istikharah berkemungkinan ianya sesuatu yang positif tetapi tidak boleh dijadikan sebagai pegangan yang pasti.

Perbuatan melalui istikharah tiada berkait dengan mimpi tidur dan tiada kaitan antara keduanya, serta tidak disyaratkan benarnya istikharah dengan melihat apa yang dipilihnya di dalam mimpi selepas itu. Ia tidak boleh dijadikan hujah atau dalil dalam menetapkan sesuatu hukum. Sepertimana yang telah disebutkan oleh Hassan Al-Banna ketika menerangkan prinsip yang ketiga dalam Usul Dua Puluh di bawah Rukun Perjanjian yang pertama iaitu Faham.

"Pada iman yang benar dan ibadah yang sahih serta mujahadah terdapat 'Nur' (cahaya) dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati di kalangan hambaNya, menurut siapa yang Dia kehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf (pandang tembus) dan mimpi bukanlah dalil-dalil (hujah) bagi hukum syara'. Ia tidak diambil kira melainkan dengan syarat ia tidak bertembung dengan hukum-hakam agama dan nas-nasNya."

Kadangkala kita dah puas berusaha, dah nampak segalanya..Tapi kadang-kadang kita harap mimpi itu jadi nyata tapi rupanya ia tetap sekadar mimpi.. Berdoalah kepada Allah, Yakin pada Allah... Allah ada dan Allah Maha Mengetahui.. Mungkin juga ia bukan sekadar mimpi.. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui, berusaha untuk membahagiakan diri, jangan biar diri terluka :)

Lalui Hidup.. "just follow the flow" 

#Sahaja2 tambahan :)

 Untuk pilihan hati? Apabila diri tak dihargai

Firstly:
Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki
Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku
Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu
Betapa sakitnya
Betepa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada


Then:

 Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu
 Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka


Finally:
Tak pernahkah kau sadari 
Akulah yang kau sakiti 
 Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari  
Oh Tuhan tolonglah aku 
Hapuskan rasa cintaku
  Akupun ingin bahagia 
 Walau tak bersama dia


 Redha dengan ketentuan Ilahi.. Di saat diri tidak kuat, dan mengharap datangnya bahagia.. Berharap mimpi menjadi nyata, tapi rupanya mimpi tetap sekadar mimpi..
Tapi aku? Takkan putus asa, Aku akan realisasikan mimpi aku.. Dan mimpi aku bukan sekadar mimpi insyaAllah.. Amin :)

Saturday 4 May 2013

Sayang Sampai Syurga

 
   Romate aku Nurul Huda yang baru kahwin bulan Februari hari tu, sekarang dah pregnant :) Alhamdulillah.. Dia dah pregnant 2 bulan.. Mesti comel anak dia nanti.. Huda cantik, zali laki dia pun boleh tahan segak.. Tak sabarnya nak tengok baby dia :)..Tahu tak dorang ni sweet sangat-sangat.. Huda selalu mention kat laki dia "Sayang Sampai Syurga, insyaALLAH :) "... Wahh..bestnya.. Bila lak aku nak bahagia cam tu??? hmmmmm

    Aku pun mahu seseorang yang aku nak sayang dan bahagia sampai Syurga.. Dan aku juga mahu orang yang ikhlas menyayangi aku, tidak menipu aku, yang tidak mempermainkan perasaan aku lagi penting tidak merendahkan aku dan menerima aku seadanya serta boleh membimbing aku menuju jalan yang diredhai Allah..Itu untuk seseorang yang istimewa :).. Yang pasti,tentunya aku sayang Family aku dan kawan-kawan aku sampai Syurga.. Mak, Ayah yang selalu ada untuk aku. Allah ada bersama kita, sentiasa ada dan ingat kepada kita, tapi kita je kadangkala lalai daripada mengingati ALLAH :(... Masa dah susah baru nak ingat Allah, Tapi Allah sentiasa mendengar kita, rintihan kita, Allah bantu kita, walaupun kita tak ingat DIA, tapi DIA sentiasa ada untuk semua hambaNYA.. :)..

  Kenapa nak sayang sampai Syurga?? 


  • Akhirat adalah tempat yang tetap dan kekal untuk semua Umat Manusia, segala pahala dan dosa ditimbang, dan kita akan ditempatkan di Syurga atau Neraka bergantung kepada berat amalan dan dosa kita sepanjang hidup di muka bumi
  • Neraka adalah tempat pembalasan kepada dosa-dosa yang telah kita lakukan. Bagi umat Islam, sekiranya dia berdosa dan ditempatkan di Neraka, maka suatu saat nanti dia akan dikeluarkan dan merasa nikmat Syurga bersama Ahli-ahli Syurga yang lain. InsyaALLAH.. Tapi itu tak bermaksud "Aku orang Islam, macam mana pun nanti aku masuk Syurga juga" Hapuskan pemikiran sebegitu, Kita sebagai Umat Islam kenalah berusaha mengubah diri dan menjadi lebih baik dengan menjauhi larangan Allah dan melakukan SuruhanNYA.
  • Syurga itu indah, dan tempat yang terbaik jadi berusahalah untuk menjadi Ahli Jannah dan bertemu dengan para Ahli Syurga yang lain kelak :)
  • Mati Bunuh Diri sekiranya dia Islam.. Sekali je dia melakukan kerja ni, maka terkeluarlah dia dari Islam.. Kenapa bunuh diri?? Patah hati?, Ditipu?, Tak sanggup meneruskan hidup dalam tekanan?? or tiada jalan keluar lain untuk meneruskan hidup dimuka bumi, lalu mengambil keputusan membunuh diri?? Is that so?? Aku sangat faham rasa sakit hati, kecewa dan patah hati tu macam mana.. Kadang-kadang.. kalau dah sampai tahap tak boleh fikir apa-apa, diri dah lemah, Syaitan mula berbisik agar kita melakukan kemungkaran..Lepas tu, mula jadi tekad.. Sebab itu orang yang tak fikir panjang bila dah dikuasai rasa sedih, marah, tanpa rasa takut ambil keputusan untuk bunuh diri.. Ada juga yang mengalami masalah emosi, gangguan emosi.. Berfikir dengan waras sebelum bertindak.. Allah sentiasa ada dengan kita. Kuat walaupun tak mampu.. Aku faham.. Sebab aku pun tak kuat and sangat weak.
  • Dah semestinya semua orang nak masuk Syurga, bertemu dengan Allah, merasai nikmat di Syurga.. InsyaAllah.. Semua boleh.. Berdoa dan terus berusaha menjadi khalifah yang terbaik dimuka bumi ni..
Sayang aku seadanya
Terima aku seadanya
Jangan buat aku kecewa lagi
Jangan buat aku patah hati lagi dan tak boleh berfikir apa-apa
Aku ni bukan kuat tapi aku cuba untuk kuat, jangan sampai aku tak tahan menanggung semua
Sakit tahu tak???

Siapa nak sayang aku sampai Syurga??
Sayang sampai Syurga




Friday 3 May 2013

Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

 
Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia :)

Gadis yang tersenyum cukup manis dipandang.. Jangan bermuram, berduka, senyum dan berbahagialah kerana anda berhak mendapatkannya :) 
  • Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk dapat tersenyum, tapi senyumlah agar anda berbahagia.
  • Orang yang paling barbahagia adalah orang yang dapat menyebarkan kebahagiaan kepada orang ramai.
  • Jadilah wanita yang bahagia. Dengan berbuat baiklah anda akan dapat menemukan kebahagiaan hakiki.
  • Berhentilah dari merenungi dosa, tetapi renunglah sifat yang baik sebagai penggantinya "Kerana Bencana, Muncullah Doa"
  • Jauhkanlah pemikiran anda dari keputusasaan dan lupakanlah keberadaannya. Pusatkan perhatian anda pada kejayaan, sehingga pada keadaan yang demikian, anda tidak mungkin akan gusar.
  • Jika anda merasa gugup dalam mengerjakan suatu peubatan, jangan sampai anda berputus asa, jangan cemas, dan jangan pula sampai meragukan bahawa jalan keluar pasti akan datang.
  • Belajarlah untuk menghayati perkara yang menakutkan, nescaya rasa takut itu akan hilang.
  • Kehidupan kita, dipengaruhi oleh pola pemikiran kita.
  • Persiapkanlah diri anda untuk menghadapi perkara yang paling buruk, maka akibatnya nanti anda akan merasa selalu baik.
  • Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan sebagai penggantinya curahkan waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.
  • Orang berakal tidak akan bosan untuk meraih manfaat berfikir, tidak putus asa dalam menghadapi keadaan dan tidak akan pernah berhenti daripada berfikir dan berusaha.
  • Jangan bersedih terhadap pekerjaan yang belum dapat anda selesaikan. ketahuilah bahawa pekerjaan orang yang besar itu tiada habis-habisnya "Sesungguhnya ALLAH bila menyukai suatu kaum, DIA akan menimpakan cubaan kepada mereka".
  • Berbahagialah sekarang, bukan esok hari.
  • Tinggalkan angan-angan kosong yang tidak sesuai dengan jerih-payah atau kemampuan anda. "ALLAH memaafkan apa yang telah lalu'.
  • Kebahagiaan anda tidak bergantung pada orang lain, tetapi berada di tangan anda sendiri.
  • Kendalikan fikiran anda nescaya anda akan meraih kebahagiaan.
Itu je serba sedikit kata-kata motivasi  dari buku 'Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia' karya Dr. Aidh  Bin Abdullah Al-Qarni , sebagai bekalan untuk wanita meraih kebahagiaan. Ada banyak lagi. jadi bacalah ye :).. Saya pun tengah nak habiskan buku ni.. Alhamdulillah, serba-sedikit menguatkan lagi dalaman, dan menyembuhkan luka dihati. InsyaALLAH..:)So korang. Jangan besedih, tabah, dan lalui hidup ini dengan indah.. Ingat "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang" :)

sakit kan bila kita mencintai seseorang yang tak pernah membalas cinta kita, apatah lagi untuk menghargainya :'(
Be strong ok.. jangan sedih2 :).. ALLAH ada...
Sekian,

Monday 29 April 2013

When it's about "NO" for A girl

 
 
Hai... huhuhu.. dah habis cuti midsem lorh.. Esok pulak ada test..hewhew...Cuaknya.. 4 Jam kredit ok.. So tuk dak  kelas aku semua...goodluck ok!! Buat yang terbaik esok ok, niat kerana ALLAH  :).. Walaupun just Test...Carry mark tu penting.. huhuhu..Fighting :D

Eh..tapi tujuan aku nak update blog ni bukanlah untuk cakap sal ni..Okeh. Just nak tulis. 'About girl behaviour' ...hohoho..Jap2..Ni bukan cakap sal perangai perempuan ke ape.. hehehe..Actually is all about "No" FOR girl..hehehe... Perkara yang pantang bagi perempuan :).. Just wanna share a little bit info here :)

1) Bila pakai tudung
Hah macam yang kita tahu.. Bagi perempuan yang menutup aurat, of course lah dia akan pakai tudung kan, Bukan tutup rambut ok tutup aurat :) hehe.. Perempuan memang akan pantang sangat2 bila dia pakai tudung especially tudung bawal la kan... Bila tudung tu mengelembung, senget ke, ada kedut kat bahagian depan tudung.. Mula rasa semput.. Kembang-kempis hidung menahan sesak didada nak 'adjust' tudung bagi kemas.. Specially kalau dia nak cepat.. Makin panas jiwa dia..huhu...Kalau tudung si perempuan tu tak menjadi..haih mula la 1 hari dia akan bad mood ok.. Sama jugak untuk yang berlilit-lilit cam selendang lah, kalau panjang sebelah or tersingkat ke.. haih berasap kepala.. Lebih-lebih lagi selendang ni kalau tak lilit betul2, and tak pin kemas-kemas, silap2 hari  bulan tercabut bila ditiup angin.. 

2) Make up
Perempuan biasanya akan make up jugak walupun just solekan tipis sebab  nak bagi muka nampak segar.. Tapi bukan lah over macam Opera tu.. hehe.. Kalau si perempuan tak suka bersolek pun at least dia akan pakai sikit bedak serbuk tu, sebab katanya tak konfiden lah kalau tak pakai ape-ape kat muka.. Berminyaklah, nampak jerawat lah..and macam-macam lagi Tak pun pakai penyegar muka a.k.a Toner bagi muka segar and nampak fresh.. Bagi yang mementingkan penampilan and keterampilan, setiap inci muka akan dibelek untuk memastikan tiada cacat cela di muka.. Biasanya masa yang diambil memang lama.. 1 jam pun boleh jadi, hanya untuk belek muka saja.. Eye shadow, compact powder, blusher, lipbalm/lipstick, foundation, eye liner,lotion, Uv and so on akan ditampal dimuka..hohoho... Itu bagi yang betul-betul bersolek lah..hehe.. So conclusionya kat sini, memang perempuan akan put something kat muka supaya si perempuan nampak cantik and konfiden sepanjang hari, dia takkan keluar tanpa apa-apa diwajahnya..

3) Barang wajib
Ok tadi aku cakap pasal make up.. So barang wajib yang aku maksudkan kat sini, dalam beg si perempuan wajib ada barang-barang ni:
  • Handphone
  • Compact powder
  • lipstick/lipbalm
  • Perfume
  • Cermin (tapi biasanya dalam bedak asas memang dah ada cermin)
Barangan yang disebut diatas, secara umumnya memang akan ada dalam beg perempuan tak kira kemana pun dia pergi.. Dia takkan tinggalkan punya.. Konfem..;) sebab perempuan bawa barang-barang ni kehulur-kehilir untuk maintain make up dimuka, and update their current look supaya dia still nampak cantik, fresh and tak lah berminyak-minyak muka.. Sebab tu perempuan nampak kemas..Dia sangat menjaga keterampilan dia.. Dia akan rasa tak selesa bila muka dia rasa berminyak, or nampak pucat.

4)Jangan matikan keterujaan si perempuan
Perempuan ni sifatnya lembut, dan ingin disayangi.. Biasanya perempuan akan berkongsi cerita dia, kegembiraan dia,apa yang dia buat sepanjang hari kepada orang yang paling rapat dengan diri dia.. Kalau yang berkapel, tentunya dia akan cerita kat boyfriend dia.. Saat si perempuan tangah excited dengan sesuatu or maybe dia sangat teruja untuk melakukan sesuatu lalu dia bercerita kepada anda, kemudian anda memberi respon negatif kepada si gadis, ini akan menbuatkan perempuan tu, kaku, terkebil-kebil, and keterujaan dia habis kat situ, merajuk and rasa cam menangis je.. Yelah orang tengah excited, tiba2 korang cakap, "tal perlu kot cakap dengan aku hal tu"..Alahai si perempuan pula mila lemah semangat, so dia give up and malas nak buat apa yang mulanya buat si perempuan tu teruja.. Haih..macam-macam..

5)Lampu Merah
Hah tahu tak ape tu?? Itu bermaksud 'datang bulan'.. Perempuan yang sudah akil baligh, akan didatangi lampu merah ni kebiasaannya sebulan sekali mengikut kitaran haid perempuan masing-masing.. Bagi perempuan yang mengalami PMS (Pre-menstrual syndrome).. Emosi perempuan sangat terganggu, tidak stabil, marah-marah, cepat terasa and kadangkala sedih.. Bagi yang PMS teruk, akan sakit dekat bahagian pinggang, perut (kawasan rahim), sakit kepala, angin, and sakit dibahagian dada.. Lagi teruk kepada perempuan yang mengalami senggugut teruk, kaki dia akan rasa sejuk macam ais, pitam, rasa macam nak muntah, and nak bergerak sikit pun azab sangat.. Ubatnya tidur paling mujarab, sebab sakit yang tak tertanggung.. Kalau nak lagi reda sakit tu, letak minyak panas or botol yang ada air panas dan tuam kat perut.. Tapi kalau dah pitam, tidur jelah dengan harapan bila bangun sakit tu berkurangan. Time Lampu merah ni janganlah kacau perempuan, nahas je korang.. Sebab sakit dia lagi, PMS akan buat emosi tak stabil.. Time ni seriously perempuan bad mood and hot-tempered.

#Tips tuk elak senggugut, jangan minum ais.. SERIUS!! minum air suam or air panas je.. Tapi kalau sekali-sekala nak minum tak salah :)

Ehhh k lah sampai kat sini dulu.. Esok ada test Ni..huhuhu..Doakan....

Sekian

Monday 22 April 2013

Role sesebuah lagu :p

 
 
 
Semalam sebelum tidur.. Jiwa tengah kacau..Last2 adik aku g dedicated lagu kat aku..
Bermula lah dialog antara kami:
 
Adik:  Along ada lagu yang sesuai dengan along.
Aku:   Huh? Lagu ape plak. ade je ko kan ? =.=
Adik: Jap2.. Nak cari lagu tu kat fon, bagi awok dengar.. Tajuk dia Hatiku Milikmu.
 
 
 
Muka adik aku sambil pasang lagu tu          Muka aku yang tak puas hati bila dengar
"Sama kan? kan2? sesuai bangat                        "Heh!! Asal pulak?????? "
    dengan story along.......heee "              
 
Adik:  'Pernahkah engkau hargai, 
           Cintaku yang sejati
           Pernahkah engkau mengerti akan diriku ini
           Bertapa hebatnya cintamu
           Memberiku sejuta pilu..... '
 
Aku:   Cheh jangan nyanyi TAK SEDAP!!
 
Adik:  Along aku rasa semua lagu cam perli awok..  Cam Yuna cakap dalam lagu dia.tu..hehehe. 
           "Dan Sebenarnya", Dan lagu2 di radio seolah-olah memerli aku.. 
            Macam awok punya story lah..hehehe
 
Aku:   Hahahaha..memandai.. Sambil balas lagu adik aku.. Lagu Munajat Cinta
           'Malam ini, selalu sepi
           Tak ada yang menemani
           Seperti malam-malam
           Yang sudah-sudah
           Hati ini selalu sepi
           Tak ada yang menghiasi
           Seperti cinta ini yang selalu pupus
           Tuhan kirimkanlah aku
           Kekasih yang baik hati
           Yang mencintai aku
           Apa adanya....

Adik:  Along ni jiwang lah pulak =.=

Aku:   Ko yang start dulu =.=

Adik:  Along tulis novel lah cmtuh..

Aku :  Tak nok :p.. Orang tak suka aku tulis.. :)

Adik:  Malas ar layan awok..nak tidor..Kbai!! (Sambil tarik selimut)

Aku:  
 
            Adik...Andai kau tahu perkara sebenar :-( 
            (Hanya dalam hati tak terungkap dengan kata-kata sebab aku sangat secretive, hmm)
            Redha, tutup lampu n terus tidur, sambil berdoa, Semoga hari esok lebih baik dari hari ini :)

#Motif???? Nak beritahu.. Tak guna nak bersedih.. Happy..Happy dan terus happy.. Hidup ni cuma sekali, so kita enjoy!! Berfalsafah kepada diri sendiri so hari-hari mendatang akan jauh lebih baik dari semalam.. Masalah jangan dihadap, sampai bila pun tak habis, lama2 stress gila pulak..huhuhu..

#Ape yg buat jiwa aku kacau?? Sebab aku terlalu secretive dan pemendam, tak suka meluahkan kat orang, and tu lah akibatnya.. kepala, hati, jantung semua nak explode..huhuhu...Jadi korang jgn terlalu secretive, meluahkan and bercerita kepada teman rapat yang dipercayai adalah yang terbaik.. Lagi kena ingat Allah ada, ALLAH Maha Mendengar :).. Jadi u are not alone :)...

# Lagi satu persoalan?? Kadang-kadang bila kita dengar lagu, rasa macam sama je dengan kisah kita kan? Specially kaum-kaum Hawa. Kadang-kadang diorang dengar certain lagu tu, boleh menangis.. hohoho.. Ada juga perempuan yang menyampaikan isi hati melalui lagu.. Jadi lelaki take note.. :) Sometimes perempuan nak berkata-kata tu susah, pemalu la ace kononnya hehehe... jadi dia sampaikan melalui lagu..cheewahh.. Aku tahulah.. Aku pun cenggitu..hikhikhik :p

K lah weh.. Nak buat assignment pulak!!
Papai3..!!! :D

Sunday 21 April 2013

Persoalan hati

Penatnya!!! Tengah cuti midsem ok sekarang!! Tapi tak macam cuti..hohohoho...yela kerja bertimbun seh!!..Lab je ada 3 tuk sem ni.. Pastu dah start main dengan mesin2..hohoho..dah la aku ni cuai, karang terpotong tangan..choiiii....hohoho..Serabut plak ak rasa..huhuhu... Buka2 blog yg dah berhabuk lagi bersawang ni, mak aiiii... Makin bertambah pening kepala.. -.-, Sentuh sikit, semua dah berubah, itu yang korang tengok blog aku jadi serba pink ni..hehehehe.. Aku sentuh sikit je, last2 serabut, aku wat semula..huhuhu.. Terima jelah seadanya, aku dah malas..hehehe
Emmm.. Dah jadi student Part 4 dah rupanya aku sekarang, lagi setahun lagi aku kena struggle!! huhuhu.... humm.. Sepanjang sebulan lebih ketiadaan aku dalam dunia Alam Maya, chewaahh...huhu.. Macam2 yg jadi kat aku.. Jadi semakin pendiam sampai kewujudan tak disedari..huhu..Gelak2... Pastu tbe2 time dok sorang2, nangis...hohoho.. Mata dah bengkak macam ape.. R10 yg tengok aku naik pening, sampai tahap nak tampar aku...huhuhuu.. lepas tu kdg dok menggelupur sorang2, sbb sakit.. =.=.. Haih menyusahkan orang.. Bersukan pitam, gi kelas pitam, makan sakit kepala..haih...Trouble maker tul aku ni!! Kesanya, ketembaman aku kian susut..aceee..>.<

Malas aku nak menulis ni sebenarnya.. Orang bukan suka, baiklah aku diam2 je.. huh!.. Tapi untuk entry ni, aku tak nak citer pasal aku, malas.. Nanti korang tahu, korang akan menangis setahun untuk aku..hahaha..poyo disitu.. :p..Baik citer sal benda lain kan2??

Bila hati sudah jatuh cinta, jantung mula berdegup laju..cheewahhhh... Tapi jap2... Bukan aku yang baru dilamun cinta, aku ngah heartbroken sebenarnya..hahaha.. Saje je tulis cenggitu :)..
 
 
 Huhuhu.. Betulkah begitu?? Aku kat posisi mana? Top of the trees or kat ground?? Tapi apa yang aku rasa, sama macam Apples yang ada kat top of the trees.. Is that true?? Emmm... Someone, please explain to me :(.. Afraid of getting hurt ke? Is that so??


Itu bab bercinta, kawan2 yang pergi pulak camne?? Kawan yang pergi dari hidup, di saat hati mula resah, keseorangan, dan memerlukan untuk menguatkan hati yang terluka, yg pedih.. Kawan yang makan kawan pun ada.. Oh dunia,kenapa kejam?? oh jiwa, oh hati, kuatlah... Allah ada bersama kamu...



 
 
 Susahnya nak menjawab persoalan hati.. Kesian hati, hati sakit, hati pedih.. Jagalah hati korang baik2, jangan lukakan hati tu.. ok? :).. Memang banyak persoalan hati yang tak dapat nak dirungkai dan ditafsir dengan kata-kata.. Lalui hidup dengan tabah.. Berkawan, dan jangan memendam masalah sendiri, nanti binasa diri.. Percayalah, dengan meluahkan, sekurang-kurangya hilang 1 bebanan dalam diri.. 

Ni kisah benar, ada seorang hamba Allah, terlalu memendam perasaan, dan menahan sakit hati sorang2,, Kesannya, hati dia 1/3 rosak, n terpaksa dibuang.. Perasan tak korang.. Bila korang sedih, kecewa, patah hati.. Korang akan rasa sebak,n pedih sangat2 kat hati, betul tak?? Jangan main2 taw.. Sebab itulah puncanya dia kena operate, sebab hati dia sakit, terluka then lama2 rosak.. Jagalah hati baik2 taw...

#Hidup ini penuh dengan misteri, sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi kepada diri kita di masa hadapan.. Hari esok pun  belum tentu kita tahu, apa yang bakal kita lalui.. Apa yang kita boleh buat, berusaha.. InsyaALLAH.. Semuanya akan berjalan lancar.. :) Amin

Sekian

Friday 1 March 2013

Mungkin je :)

    Semalam takde mood nak tulis, just post lagu je..hehehe.. Kalau ikutkan rasa orang kata binasa yek?? haha.. Yela, t aku tulis ikut suka aku je kang, ada orang sentap plak dgn aku.. Yelah, kalau terlalu ikutkan perasan n emosi.. Betul tak? Kita mmg tak sedar, tapi orang lain yang rasa nanti.. Mungkin ni last post aku kot???? Aku luah je.. Betul2 dari hati aku.. Aku suka writing.. Sebab, aku rasa lega meluahkan.. Tapi kat sini, aku luah2 pun, bertapis, Not directly ok.. Setiap post aku ada maksud tersirat.. Tapi lagi lega meluahkan dekat Allah Yang Esa.. :)..

    Kenapa aku cakap mungkin Last post?? Sebab mungkin aku tak nak bawak lappy bertuah aku ni.. Untuk sementara, hp pon tah2 aku tinggal je kat umah..  Sape2 yang nak berurusan dengan aku, hahaha?? Cari aku, hehehe.. Demand tak!! Jumpa aku face to face..hehehe.. Tak pun post surat yek..haha.. Aku dah nak balik Shah Alam dah, goodbye korang!! hahaha.. t aku rajin, or minat nak conteng2 sini, aku tulis la ye :).. Aku awal2 sem ni dah ada program anjuran kos.. huhuhu.. Kalau kat U, aku ni kira aktif la jugak..huhuhu.. Join pape, yang buat aku hilang stress..huhu.. Lagi pulak aku badan beruniform, mmg byk la aktiviti aku.. Kadang2 badan ni tak larat nak bawak, Penat.. Pernah dalam kelas dulu, aku mmg jenis duduk depan sekali, yelah mak aku pesan, Orang depan sekali ni, byk benefit, Ilmu 1st kelas mai kat orang depan dulu.. hoho..Jadi lebih faham n senang nak fokus dalam kelas.. Ok berbailk semula dgn ape yg aku ckp, pernah dalam kelas dulu, aku ni penat sangat2, aku mengantuk, aku berdiri je dalam kelas, buat muka selamba, aku ngantuk tahap dewa weh.. Bila berdiri, tahan sikit.. Jadilah ape2 pon, janji aku dapat learn something.. Biar lah classmate aku geleng kepala or gelak jek tengok aku tahan ngantuk, janji aku dapat something dari kelas tu.. huhu

  Tapi nak cakap goodbye jugak kat badan beruniform :(.. Maaf aku kena tarik diri..Untuk kebaikan aku.. Ganggu pelajaran? Tak pun, Sebab prestasi aku meningkat je? Alhamdulillah :).. Kesibukan ajar aku erti kesabaran n disiplinkan diri, even penat macam mana pon, or kritikal macam mana pun waktu yang aku ada, tapi Alhamdulillah aku dapat manage semua tu.. Syukur :) ,Tapi aku kena quit, sbb aku terlalu sibuk, sbb mostly waktu untuk aku dengan kos aku, bertindih.. Aku ada 2 komitmen, belajar n unit uniform, jadi aku harus utamakan belajar.. Start sem ni lagi la aku sibuk dengan kos aku, kelas makmal lagi..huhuhu.. Kelas makmal pulak amik masa berhari2 untuk 1 experiment, kdg2 kena tgu sampai malam. Takkan nak tinggalkan kawan buatkan kerja untuk kita, sbb nak bg komitmen kat unit uniform..No2.. Aku tak boleh.. Kerja, kena buat sama2.. Nanti elok2 orang nak group dgn aku, tak nak plak t sbb aku ta dpt na tolong buat kerja..No2.. Tu bukan aku.. Lagi pulak dgn unit uniform ada krisis =.=, tapi sorry, aku tak kan cerita.. :)

  Tapi kalau aku update jugak blog ni kerap or hari2.hehehe.. Tandanya, aku mmg tak boleh tinggal habit aku untuk berceloteh..hahaha.. Terima jelah ape aku nak cakap yek korang :D
Sekian

Wassalam

Meaningful sangaT..!!!

Nak post lirik lagu je la tuk hari ni.. Avenged Sevenfold "So Far Away"..  Bagi aku lirik dia best and meaningful...huhuhu

Never feared for anything, never shamed but never free 
A life that healed a broken heart with all that it could 
Lived a life so endlessly, saw beyond what others see  
I tried to heal your broken heart with all that I could  
Will you stay? Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love? 
Time still turns the pages of the book its burned 
Place and time always on my mind 
I have so much to say but you're so far away

Plans of what our futures hold, foolish lies of growing old 
It seems we're so invincible, the truth is so cold  
A final song, a last request, a perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind  
Where you can stay, you can stay awake forever

How do I live without the ones I love?  
Time still turns the pages of the book its burned 
Place and time always on my mind 
I have so much to say but you're so far away
  
Sleep tight, I'm not afraid  
The ones that we love are here with me 
Lay away a place for me 
'Cause as soon as I'm done I'll be on my way 
To live eternally

How do I live without the ones I love?  
Time still turns the pages of the book its burned  
Place and time always on my mind  
And the light you left remains but it's so hard to stay  
When I have so much to say and you're so far away

I love you, you were ready  
The pain is strong enough despise 
But I'll see you when he lets me  
Your pain is gone, your hands are tied 

So far away and I need you to know 
So far away and I need you to, need you to know

Thursday 28 February 2013

Ukhuwah itu indah :D

    Semua manusia perlukan sahabat kan? Dah menjadi fitrah bagi manusia untuk berkawan.. Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanyalah milik ALLAH S.W.T .. Oleh itu. kita perlukan sahabat untuk melengkapi kelemahan kita, (saling melengkapi).. Sahabat yang menjadi penguat disaat kita lemah, menghulurkan tangan disaat kita jatuh dan mengembirakan kita? Betul kan kawan2?? Boleh ke korang hidup sorang2? Susah kan, complicated life jadinya..huhuhu.. Tapi dalam berkawan tu, tengok2 lah jugak, (memilih sikit)..hehe..bukan la bermaksudkan pilih yang korang suke je? Maksud aku, perhati la juga perangainya..Elok ke tidak?? hehehe..Faham murid2..

   Senang je nak mulakan persahabatan kan?? hehe..Nak akhiri persahabatan? Oh no..aku sangat pantang.. Kalau aku boleh sebut satu2 kawan aku huhuhu, aku tak nak langsung putus friendship, tak kira la kawan perempuan ke lelaki..hoho..Dulu zaman sekolah.. Aku ni bukan boleh, kalau aku hangin dengan sorang membe tu..Pastu aku malas tegur.. Tapi perasan tu sekejap je..huhuhu.. Tapi bila nak tegur semula kawan tu, mesti menggigil kepala lutut aku.. Dah si kawan tu plak wat sombong kat aku? huhhuhu.. Mulalah tak bertegur lama, huhu..aku ingat lagi.. Zaman sekolah menengah kot..haishhh...  Mak aku mmg marah sangat kalau aku tak nak kawan orang lah..Jadi aku takut.. sangat2..huhuhu.. Mak aku akan cakap. "Mak bukan hantar along g sekolah untuk bergaduh, tak nak kawan, jadi sombong'? Mak suruh berkawan, tapi pilih kawan yang elok perangainya, pastu mak suruh along belajar, Bersaing dengan kawan2.." Bukan nak bergaduh-gaduh!! Mak nak along baik dengan semua orang, jangan nak suka2 lukakan kawan, jaga hati kawan.. Kita ni hidup kena berkawan, esok2 kawan tu juga yang menolong kamu kalau kamu susah'..Oh..huhu.. Jadi sebab tu aku suka berkawan, n akan cuba jaga hati kawan, walaupun aku ni tak sempurna, n aku selalu menyusahkan orang, tapi aku nak jaga kawan2 aku.. n Sayang kawan-kawan aku.. Oh kawan2 semua..Aku sayang korang.. Mmuuahhhhhhh!!


Allah SWT berfirman yang bermaksud;


"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah ayat1 148)


   Sahabat ni umpama pesaing, n kita akan berusaha sama-sama ke arah kebaikan.. Dengan kawan2, korang akan rasa lagi bersemangat, nak2 dalam pelajaran taw,, Seyes aku jadi camtu, bila da sahabat sekeliling aku, nak2 lagi sokongan family, n aku da family angkat kat Bukit Bunga, Kelantan.. hehe.. Untunglah ada 2 mak, 2 ayah..huhu..Alhamdulillah.. Kadang2 mak aku pun jeles, kalau aku gayut dengan mama n abah kat Kelantan, sbb trademark mama. bila aku cakap, "Assalamualaikum, hello mama!!, mama akan jawab, Waalikumussalam, Sayang Ma!..hihihi.. Eh menyelit pasal family angkat lak..hehehe... Kawan yang baik, akan bawa kita kearah kebaikan. orang cakap, kawan yang betul2 sejati, dia selamba je cakap bad things dpn korang, (tapi bukan belakang korang).. Betul tak? Itulah kawan sejati..

# Jadi korang, jagalah persahabatan anda.. Jangan nak bergaduh2, tak nak kawan segala.. hohoho... Jangan la putuskan silturahim, kita sama2 berkawan, n maju kearah jalan yang diredhai oleh Allah :).. Kita umat Islam sangat mementingkan persaudaraan.. Ukhuwah itu indah!! Jadi jangan sia-siakan :D..

#Semoga persahabatan yang kita bina, diredhai Allah S.w.t dan akan kekal sampai bila2.. Terima kasih kawan2.. korang adalah anugerah yang terindah untuk aku.. Sayang korang!! (Maafkan aku kalau aku ada lukakan korang :(  )
Sekian

Wassalam


Untuk awak :)

    Awak, ye awak kawan macam kembar saya tu.. Saya minta maaf sebab saya, nak disiplinkan diri saya n menyepi untuk seketika supaya tak ganggu awak buat masa sekarang.. Saya ingat janji kita, janji yang saya cakap kat awak.. Awak kembar saya, jadi awak mesti faham saya macam mana.. Saya ok je.. Saya tak pernah salahkan sesiapa dan tak juga salahkan diri saya sendiri.. Bagi saya semua yang berlaku memang da hikmah tersendiri.. Tahu tak bertapa bertuahnya saya kenal kawan macam awak.. :).. Awak bukan setakat kawan je, awak macam kembar saya..diri saya sendiri.. Awak faham saya, n awak even macam mana sekali pun.. Awak tenang je... Saya senang berkawan dengan awk.. Just saya nak cakap, awak just jadi macam biasa, awak tak perlu rasa bersalah ke apa.. Sebab saya memang tak salahkan sesiapa.. Just kadang2, saya sedih..Sedih bukan sebab ape, sedih dgn diri sendiri..

  Takde pape yang melibatkan awak pun.. Jadi twin.. Lalui hidup awak macam biasa.. Saya sayang awak.. Sama macam saya syg family saya, sbb awak dah macam adik-beradik saya gak rasanya wat masa sekarang ni... Just sekarang, saya nak dekatkan diri pada 1st love kita, "ALLAH'.. Sebab tu, saya khilaf, n saya need time untuk jadi macam dulu.. Saya still lagi kyra yang macam awak kenal, kyra yang terburu-buru, penakut, excited n lurus coz kadang2 orang boleh buli cam tu je..huhu.. Just saya nak organize semula hati saya ni..  True sometimes kita terlalu taksubkan duniawi sedangkan keseronokan kat duniawi ni hanya sementara.. Itu satu yang membuat air mata saya menitis.. Saya tak mintak awak pergi, saya pun tak kemana-mana.. Just nak bagi space kat awak dgn kerja awak, n space untuk saya jadi lagi strong.. Awak jangan salah faham yang tu :)..

  Allah dah takdirkan kita untuk mengenali satu sama lain, even tak pernah bersua muka depan2, tapi relationship 'friendship tu kuat'.. Ada hikmah besar yang indah disebalik semua ni.. Kita hanya mampu merancang, Tuham yang tentukan semua :).. Saya percaya dan akan lalui semua yang telah diaturkan untuk saya, sebab Allah tahu ape yang terbaik untuk kita kan?? Jadi kembar.. just jadi macam biasa, n buat yang terbaik untuk last sem awak kat sana.. Final project awak..  Jangan susah hati sebab saya :(.. Saya ok je.. Pasal jumpa? Perasan tak wishlist saya kat sidebar tepi tu? Itu wish saya :).. Bila? Saya tak tahu, tapi saya yakin 1 day, macam mana pun kita akan berjumpa juga.. Itu antara wish saya..huhuhu :)..Jangan marah ae wak :p..hehe..

   #True twin, i prothallus u :)... Kalau awak remember :).. 2 orang je yg taw ni :p..hehe...  Terima kasih sbb care pasal saya, n terima kasih sebab selalu buat saya gembira walaupun kadang2 =.=, geram gak..Tapi saya ok je.. Sebab saya kenal awak macam mana :)..

#hmmm... hope awak baca ni..memang tuk awak A**Z  a.k.a  Muncet kembar kepada kyra tembam

Tuesday 26 February 2013

Maruah Seorang Perempuan

Hari ni kan kawan-kawan.. Aku nak share sikit pasal Maruah seorang perempuan, n nak beritahu, bertapa tingginya nilai seorang wanita :)

Wahai kaum Adam... Org perempuan ni bukan sekadar seorang perempuan...yang kau boleh datang dekat bile2 kau suke....yang boleh kau suka2 nak bermesra dgn dia..tanpa izin..Tahu..hohoho


"Izin? izin sape plak??... haihh...."

 Izin dari penjaganya lah....

Izin dari IBU BAPAnya, juga izin dari TUHANnya...

"Apesal plak?"

1. Izin dari ibu bapanya

Coz mak ayah adalah orang yang paling berhak kat diri perempuan tu.. So, once kita nak wujudkan ape2 hubungan dgn perempuan tu..kenalah korang si lelaki gi mintak izin kat orang yang paling berhak..

Cuba imagine ae korang2.. Suke ke kite kalau tetibe ade org kacau barang kite tanpa izin? Dlm hal ni, si perempuan adalah hak mutlak ibu bapa dia. So seharusnye kite kena la jumpe si pemilik kalau kite berkehendakkan  sesuatu yg menjadi miliknya. Adalah biadap kalau kite main redah je kan usik hak orang.... Kita pun tak suka kan kalau org buat mcm tu kat anak2 kita satu ari nnti?...kan2??

Dan ape plak perasaan si perempuan pula klu org perlakukan dia mcm tu? Perempuan yg baik tak mungkin akan berasa tenang kalau dia buat sesuatu dgn membelakangkan mak bapak dia....rasa serba salah menyelubungi diri sepanjang masa. Juga dia akan rasa seperti dirinya 'kurang dihormati', sesuke je org nak amik2 die cmtu je...Rasa harga diri dicarik2, n always menghantui si perempuan, if  perempuan tu bukan jenis yg mudah untuk diperlakukan sesuka hati, n sangat2 menjaga maruahnya... Bukan melibatkan maruah si perempuan je, maruah keluarga dia pon sekali.. Yela..orang sekarang akan ckp, 'eh anak sape la tu??'.. Macam mana lah mak ayah dia didik?? Tengok tempias kena keluarga kot.. Tak pasal2, cara didikan disalahkan?? Sedangkan mak ayah mendidik kita agar pandai menjaga diri dan menjauhi perkara-perkara yang tidak baik ini.. Lebih2 lagi kan perempuan2 sekalian.. Jika anda tidak menjaga aurat, anda secara tidak langsung menarik ayah anda, adik laki anda ke 'Neraka'.. Itu ke balasan anda kat ayah? Sayang ayah kan? Jadi sayanglah diri..tahu..huhuu

Nampak tak nilai martabat dan maruah seseorang wanita...betapa berharganya nilai seorang wanita tu =)

2. Izin dari TUHANnya


huu..cmne plak ni??

Firstly, bila lelaki dah minta izin family si gadis, sama la juga maksudnya meminta izin dari TUHANnya.. Nampak la si laki tu ikhlas nak berhubungan dgn perempuan tu.. Bukan terselit niat bukan2..Betul tak? hewhew..

Kedua, dengan cara solat Istikharah. Mmg solat istikharah adalah utk mintak petunjuk. Tapi secara tak langsung  kite mintak izin dari Allah, dalam doa yg dibaca: "Ya Allah, seandainya hubungan ini lebih banyak membawa kebaikan kepada diri kami, keluarga kami dan agama kami, maka kekalkanlah, dan permudahkanlah ia Ya ALLAH......"


Nah....lihat betapa tinggi harga maruah seorang wanita =)

#Copy paste n sedikit pengubahsuaian  :p

# Jadi, kaum Hawa yang dimuliakan Allah sekalian, jagalah diri anda baik2, kerana diri anda sangat bernilai.. :) Jangan mudah menyerah diri, atau melakukan perkara-perkara yang tidak elok.. Jaga akhlak, dan berubahlah.. Jaga batas pergaulan.. N seharusnya, korang as perempuan berasa rugi kerana ketahuilah " si lelaki amat bangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tiada hak untuk memegang anda "

# Saling mengingati :), kerana saya juga seorang perempuan, dan sangat sayang apabila anda mensia-siakan diri untuk yang bukan halal untuk anda.. Beringatlah kawan-kawan sekalian.. Jaga pemakaian anda, n jangan mendedahkan perhiasan diri..

#Berfashion tak salah.. Appear cantik pun tak salah.. :) Kerana Allah tu cantik n sangat suka kepada kecantikan.. Jadi kaum Hawa sekalian, tak salah mengikut trend, tapi salah kalau mendedahkan aurat :).. Jadi fikir2 kan.. Yang terbaik untuk diri anda.. Tak semestinya bertudung selabuh-labuhnya..n perlu dingat bukan tutup rambut semata-mata.. Jadi faham-faham lah sendiri ye..hehehe..:p

#Sekadar perkongsian.. Jadi marilah kita berubah kearah yang lebih baik,insyaAllah hidup akan sentiasa tenang..:).. Selagi masih berkesempatan..:)

Monday 25 February 2013

Sakit dan hikmah??

   Untuk hari ni.. (takde mood nak menulis sebenarnya ).. huhuhu..Kawan2.. Allah kurniakan kita dengan rasa sakit, sebab kalau kita sentiasa sihat, tak seronok pulak hidup kan? huhu.. Lebih2 lagi sakit ni, ada hikmahnya.. Gugurlah dosa-dosa kecil, insyaALLAH.. Tengoklah bertapa sayangnya Allah kat kita, Allah bg ujian sikit, tapi hikmah disebaliknya? Sangat2 besar.. Sama dengan sakit, Kita sakit.. Tapi disebalik sakit-sakit kita tu, dosa kita berguguran taw.. Jangan merungut, tahan je walau sakit macam mana pun. Bersabar, sabar tu kan separuh daripada iman..Kita ni hanya manusia biasa yang tak sempurna, n masing2 ada kekurangan n pernah buat silap? Betul kan? Tapi tak bermaksud kesalahan masa lalu, menyebabkan masa depan kita malap..No ae kawan2 :).. Salah tu.. Sebenarnya tu lah permulaan untuk kita cipta masa depan yang lebih baik, dan memperbaiki diri..

   Berbalik kepada topik sakit..hmm.. OMG! sebenarnya aku kurang sihat.. hmm.. Berapa hari ni, nak makan tu, susahnya la.. Tak boleh na terima langsung.. Tapi hakikatnya aku lapar gila2..huhu.. Tapi sesuap je., Then aku tak lalu dah.. (tapi still tembam =.= )..huhu... Sakit :(.. Asik merungut je..sakit2.. Bila nak sihatnya kalau asik layan rasa sakit je kan? huhu.. Nak makan cam biasa :(..huhuuhuhu.. Bila la boleh makan dengan normal ni..huhu.. Semalam mkn roti, Roti coklat yg RM 0.70 tu? haha.. Tapi nak hbskan =.= Sejam.. Susah betul nak telan... Nasi? hmm lagi la.. Kesian perut :(...

  Seriously, memang rasa macam nak nangis je.. Mak pun tgk aku, hmm.. =.=.. Nak minum pun tak boleh telan.. Ya ALLAH, dugaan sakit ape yang telah kau beri padaku?? Ampunkan aku atas segala silap aku di masa laluku, Bawalah aku kejalanMu Ya ALLAH.. Aku khilaf Ya ALLAH :(..


Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.   

 Aku kena kuat, Sebab ALLAH syg aku :).. Sakit ni sikit je..Setiap penyakit ada penawarnya, n pasti sembuh kan? huhuhu.. Ada hikmah di sebalik semua ni.. Aku yakin, aku pasti.. Dengan apa yang tengah melanda diriku.. Hati dan diri aku, aku serahkan semuanya kepada Allah :) insyaALLAH, disebalik kesakitan yang aku alami sekarang, kelak aku akan rasa sihat dan lebih bagus dari sebelum ni.. Amin.. :).. Doakan kesembuhan aku :p.. Terima kasih ye..hihi

# Kawan2.. Allah sayangkan kita.. Sebab tu ALLAH bg kita sakit agar berguguran dosa2 kecil kita.. Jangan merungut ye :).. Allah akan memberi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.. Tapi kadang2 tu kan.. kita lupa Allah? Bila sakit n ditimpa musibah, baru nak ingat ALLAH.. Tapi macam mana pun.. Allah tetap mendengar kita, even kita baru nak ingat DIA time tu..huhuhu.. Kita ni kenalah sentiasa bersyukur.. Islam tu mudah, n indah.. Allah tak minta ape pun kat kita, just ikut perintahNya dan jauhi laranganNya.. tu je kawan2.. tu je.. Tapi kita kadang2 taksub sangat dengan dunia kan? Sampai alpa kdg2 tu.. Perintah Allah dilambatkan, tapi hal dunia pulak yang diutamakan.. Oh aku sangat khilaf.. berubah la..Kawan2. :)..Jom..

#Extra (takde kena mengena dgn post)
Kepada Kawan cam kembar saya, awak pasti boleh.. Saya akan sokong awak..Saya respek awak.. Bertahan lah ye.. Buat sementara ni je.. Perit sikit je wak.. Lama2 t hilanglah..Saya yakin.. Then pastu kita mesti boleh friend cam biasa like a True twin :).. N terima kasih sebab faham n respek saya juga :P..hehe.. Goodluck for ur Final Year Project n buat yang terbaik untuk exam kali ni :)  InsyaALLAH..Amin :) 

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira