Sunday 22 November 2015

Pelamin Rustic Murah Temerloh-Mentakab

Mai2 kyra lanje sikit makeover dari Mua Temerloh, My bis partner Yanty Dasri ;) Lawa kan? hihihihi
Saya yang shoot ni, maap ler saya xtahu bab kamera ni. saya snap2 je...haha main taram je...hihi

Ok done,stop merapu! Actually sekarang kyra ada  buat promo 

  • ----> 1 Set mini pelamin
  • -----> 1X mekap
  • -----> Serendah RM 399 SAHAJA!
  • ----> F.O.C pengangkutan & pemasangan (selected area only)
  • ----->T.C APPLIED 
  • -----> Wasap 017-9847526 booking/pertanyaan

FOLLOW IG kieyrara_weddingpelamin   <------ Klik sini


FOLLOW FB  Nur Syakira Fazlin <------- klik sini


Yanty Dasri <------- Klik sini






 KAT BAWAH NI HASIL MAKE OVER OK :)


Make over yang meletops gitu :D



AHHAAA..Lupa nak beritahu, sekarang rustic in the house, Harga PROMO RM350 ONLY!!! 
Jom lekas grab harga promo ni :D

Nak tahu lebih lanjut lagi wasap ok :D ..




Tunjuk sikit hasil shoot and mekap..Acah2 jadi photographer pulak...hihihi








Sunday 8 November 2015

MIni pelamin Temerloh

Hai..sorry sebab lama sangat x update blog ni..hihihi..Bz.. Sepi membawa diri ..
Actually starting minggu lepas, kyra dan bisnes partner kyra Yanty Dasri dah start promo untuk mini pelamin khas untuk orang Pahang specially Temerloh-Mentakab. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakan, dan ramai yg request nak book dgn kieyrara_weddingpelamin

Promosi  ni kami buka sehingga hujung tahun ni.. 
Pelamin serendah Rm 250 sahaja ..Murah kan? 
Contoh macam pic kat bawah ni ..Sweet2 je kn?
Book sekarang untuk dapatkan harga promosi WALAUPUN majlis anda Tahun hadapan :)
Kami telah pun dibooking sehingga Mei Tahun hadapan.. SO apa lagi yang lain2 jom booking segera :) sementara harga promosi, Tahun depan dah x dapat harga camni :O
Banyak lagi pakej yg menarik and JIMAT  utk bride to be, so jemput2 la cuci mata ok ;)

FB: Nur Syakira Fazlin 
IG: kieyrara_weddingpelamin
Wasap: 017-9847526 booking/pertanyaan



MINI PELAMIN RM250!!!

HOT PAKEJ YANG MENJADI REBUTAN !!


CONTOH MEKAP, MINI PELAMIN SANDING

Wednesday 4 June 2014

goodbye my past and say HELLO to My Future ;)

wahhhh.....bersawang teruk eh blog ak ni...serius lama tak update... sebenarnya aku sekarang tengah ada dalam dewan, ada program Forun Industri... Mula2 aku bole layan lagi forum ni..tapi lama - kelamaan...fuhhh....tak tahan..berpusing2 kepalaku...mataku pulak yang secara alaminya memang bulat dan besar , sekarang dah jadi mcm awek cina, mata manyak sepet wokk... Mana x lelap...program 3 jam kot, start pukul 2... ;( ...haish...huhu..disaat2 mata tengah steam,sebenarnya aku ni haa...banyak sangat susah hati...stress memanjang...Banyak betul masalah, and banyak betul perkara yang buat aku sedih, tak keruan dan mengalami ganggunan emosi yang tersangatlah kritikal..wuuu...takut x dengar?? huhu
Final Year Project tak selesai lagi, presentation 16 Julai...Aku pula start exam 26 Jun @.@ ....wuuu...dah x lama dah taw...sob..sob...cuaknya....
Aku dah tawar hati nak pikir masalah, and aku dah tak nak ingat apa2 and lupakan semua....hewhew...Aku nak hidup aman damai tanpa masalah... Aku nak lupa semua....seyes ni ..ak betul maksudkan...
Sekarang aku cuma nak fokus pada fyp, pelajaran and aku takkan pernah berhenti putus asa untuk dapat apa yang aku idamkan and apa yg aku cita2 kan... Takkan pernah luntur semangat tu..
Sekarang juga...aku mahu fokus pada Mr...**** ;)... doakan kami...huhuhu..tapi takut nak cakap lebih2.. sebab kami cuma kawan...Kalau ada jodoh...adalah ;).... hihihi...(gatal eh kau kyra) ;p...hihihi...

#wish me luck
#always be happy
#selamat tinggal masa lalu
# masa depan..please be nice to me ..buhuhu..
#Semoga apa yang aku hajatkan tercapai..Amin
;)

Saturday 25 January 2014

hajat mungkin dah tercapai

 
 
Saya dah berjumpa dengan dia !! 18 November 2013.. tak salah aku lah..aku dah berjumpa dengan seseorang yang aku nak sangat jumpa dulu.. Kembar aku...Orang yang aku anggap mcm kembar...  Sempatlah aku berjumpa dengan dia, makan, jalan walaupun singkat je masa..Walau aku cuba lengah masa, sebab aku truly mmg kekok sangat...aku tak biasa keluar dgn org specially lelaki nak2 kalau berdua..so thanks kpd kawan yg sudi teman aku waktu tu.. R10... Dia kawan aku...Hiburan aku..Susah senang kami sama2... DIa banyak tahu pasal aku..Kawan aku ni.namanya Fathin Nadia...Dia mmg awesome n meletup..Best sangat dia ni.. Dia selalu jd penguat semangat aku... Bila aku sedih dia lah bahu untuk aku bersandar.. Tapi untuk dua bulan ni..Aku tengah praktikal..hhuhu..penat sangat.. Aku kat Melaka.. R10 kat Sirim ;(..huhuhu....rindu dia sangat2... Aku sedih layan diri sorang2...

Dulu aku ada kembar yang paling faham diri aku macam mana..Seseorang yang paling kenal baik buruk aku..apa2 mesti aku cari dia dan cerita semua...Walaupun jumpa hanya sekali..Itupun dah buat aku lega.. At least aku boleh tick satu wishlist aku tu.. Tengok lah camne bila umur aku 25 tahun nanti nasib aku macam mana :(... Sekarang ni aku tinggalkan dulu kembar aku tu...dengan penuh tanda tanya..Aku jadi pelik n secara tibe2 ckp bukan2.. Tujuannya supaya aku ada alasan utk pergi sbb aku tak kuat utk stay...maafkan sy... Hal lama, insyaAllah sy lupakan n maafkan... Walaupun berat sangat yang aku rasa sekarang....  Kalau boleh mmg nak sgt stay.nak sangat2...nak sangat..Tapi apakan daya...Takpe.aku bawa diri...Sorry sangat kat semua... Andai aku boleh luah dgn detail..dah lama aku luahkan..tp berdiam tu lebih baik...

#Konvokesyen saya bulan 11, jemputlah datang dengan bawa bunga n coklat feveret..huhu..Kyra tolonglaah faham.. Baru praktikal seminggu..n da satu sem lagi ye kyra.. Be strong.. Fyp, Indonesia semua menanti anda.. ~.~

#Next aku akan update sal DK Composite..Yayyyyyy... Tempat aku praktikal.. Kilang yang buat Kubah n Kapal Layar from composite material....

Sunday 10 November 2013

Dia dan dunianya~

 
Wah lama aku tak menjejakkan kaki kesini..  Dah agak bersawang, passwod pun hampir lupa.... Maklumlah umur semakin lanjut (Macam dah tua sangat je kononnya )..
 
Banyak yang terpendam dihati, kalau diluah, seribu tahun pun tak habis... Kalau disimpan, pedihnya mencucuk-cucuk. Seorang gadis yang begitu kental hatinya tidak tahan menanggung perit.. Hanya mampu berdiam diri, termenung, membiarkan air mata hangat membasahi pipi tatkala dirinya terasa keseorangan tanpa teman disisi... Otaknya ligat memikirkan apa salah dirinya.. Kecelaruan menerpa dimindanya.. Dia cuba mengukir senyuman disebalik luka, dan berpura-pura gembira dikhalayak umum.. Oh sungguh hipokrit dirasakan dirinya ketika itu...'Aku berpura-pura, sungguh aku berdosa dengan mengatakan aku tidak apa-apa'.. Maaf sahabatku..

Tatkala hatinya lemah, hadir seorang teman.. Dia berkata kepada gadis itu..
 
' Wahai sahabatku,menangislah
 kerana itu akan membuatkan engkau berasa lega, Wahai sahabatku ingatlah bahawasanya Allah tidak akan memberi sesuatu ujian jika ia tidak setimpal dengan kemampuanmu.. Ingatlah sahabatku, engkau sangat kuat untuk menempuh semua luka terpendam yang kau rasakan sekarang..'
 
Lalu gadis itu terdiam.. Dia tahu benar akan kata sahabatnya itu.. 
Tetapi... dia masih lagi keliru, dan terus dihanyut kebuntuan.. Maka terperangkaplah dia dalam dunia gelapnya, sedangkan ada teman yang  sentiasa berada disisinya, dan memerhatikan setiap gerak-gerinya.. Gadis itu seakan sesat didalam dunia gelapnya sendiri.. Dunia yang diciptakan kerana kecelaruan dirinya, kepahitan yang disimpan.. Keyakinan dirinya serta merta merudum, dia mula 
 merasakan dirinya serba tidak kena.. '
 
 Oh, mungkin betul apa yang dikatakan mereka. Kata-kata negatif yang dilontarkan terhadap dirinya..' Seakan dia lupa hakikat akan  semua manusia sama sahaja.. Tidak ada cacat cela pada dirinya.. Jadi tiada apa yang perlu dikhuatirkann.. Allah masih ada untuk dirinya, dan seharusnya dia bersyukur kerana dia masih dalam perhatian Allah.. Akan tetapi, dek kerana terlalu peduli dengan kata orang, akhirnya memberi impak kepada dirinya sendiri.. Kata sahabatnya, orang yang terlalu peduli akan kata orang, tidak akan kemana.. Tapi gadis itu, masih lagi mengambil peduli akan kata orang..  Dan akhirnya menjadi seorang yang sangat lemah, lemah fizikal dan mentalnya, hanya mampu mengerut dahinya dek kerana pedih yang mencucuk hatinya, hanya mampu menutup matanya untuk melupakan walaupun cuma untuk sementara.. Sampai bila gadisku??
 
Pilihan ditangannya.. Untuk terus kekal didunia gelapnya atau mencari jalan keluar dari dunia gelapnya.. 
 
 Atau
 
Adakah akan hadir seseorang didalam hidupnya dan membawa dia pergi dari dunia gelap ciptaannya sendiri, dan membawa dia kedunia realiti, di mana ada Kurniaan Ilahi akan indahnya pelangi selepas hujan, keindahan mentari dan kehijauan alam yang menenangkan jiwa..
 
#Kisah benar tentang seorang gadis...
 
 


No Pain , No Gain...

thing doesn't kill u makes you stronger..

“You've gotta dance like there's nobody watching,
Love like you'll never be hurt,
Sing like there's nobody listening,
And live like it's heaven on earth.”

Sunday 18 August 2013

Salam Aidilfitri


 
 
 
 
Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.. Bukan main berjubah gitu aku. Dah lama aku mengidam nak pakai jubah time hari raya. Tengok aku lari tema, family aku pakai warna purple, aku pulak? hahahaha.. sesuka hati je.. Lepas tu aku pun menghasut adik aku Syuriani, ajak teman aku pakai jubah.. hehehe.. At least aku tak lah keseorangan kan? haha.. Lagipun mula-mulanya mak cakap tema tahun ni kuning, last2 aku dah ada baju warna kuning, aku tengok mak aku beli baju warna ungu? =.= ... Aku takde, tu yang aku pakai jubah.huhuhuhu.. Tapi jubah yang aku mengidam sangat-sangat, dari tahun lepas lagi. Jubah warna putih.. huhuhu.. Suci je.. Sampai sekarang masih mengidam.. Bukan mengidam dek kerana pembawakan budak, sebab aku pun tak kahwin lagi =.= , tapi disebabkan aku rasa sesuatu dengan baju jubah putih.. Apa yang aku rasakan pun aku tak tahu? Tapi selagi tak dapat aku resah je.. Nak beli, haih? Aku tak kerja, cuti ni duduk rumah semata-mata. Pagi-pagi pergi stadium, bukan pergi jogging ke apa, tapi pergi main dengan kucing..hehehe.. Bagi kucing makan.. Aku pergi dengan ayah. Kucing tu warna oren + putih.. Comel gila! Aku panggil.. Mok.. sebab dia tembam macam aku..hahaha.. Dan sekali lagi aku menggila dengan mengutip kucing tersebut, dan bawa balik kerumah..hehehehe.. Sekarang rumah dah ada kucing, Yayyy!!! Dah ajar dia buang air kat toilet, ngeee... Simple! Bab2 mengasuh ni hujung jari je..kekekekeke.. 
 
Okay, apelah. tajuk raya, tapi cerita kucing lah apelah.. Haish kyra.. =.= ... Okay.. Back kepada topik kita... Acecece...Tahun ni as usual lah kan, balik kampung dekat Melaka. Kebiasaannya memang kami ni orang yang pertama sampai ke kampung. Aku dengan adik-adik sangat takut dengan nenek. Nenek sangat garang! huhuhu...Kalau tengah tidur, tiba-tiba dengar nenek panggil, menggelupur rasa, jantung macam terhenti.. Terus berlari menyorok. Bila rasa macam nenek dah kool sikit, barulah kami tunjuk muka..hohohoho.. Mak memang suka sangat tengok kami adik beradik kecut perut.. Hahahaha.. Mak berkuasa dua kali ganda kat kampung. Segala arahan mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan segera kalau taknak kena dengan nenek..hihihi.. Comel nenek aku ni..hahaha..

Eh.. aku ada hal.. hohohohoho..Nanti-nantilah aku tulis ye aokme sekalian.. Bye2...

Sunday 11 August 2013

Titik permulaan


Okeh dah raya ye.. Cepat je masa berlalu.. Banyak yang aku nak tulis kat sini, tapi, bila aku buka je blog aku ni, mesti emosi aku jadi tak stabil, so aku akan mengarut je lebih, layan persaan kecewa sangat.. Itu lah padahnya. Aku pula jenis sensitif. Aku nak tulis yang happy2, seronok, tapi haish.. Jadi camni pula.. Jadi malas nak tulis.. Jadi untuk post kali ni aku nak cerita pasal result aku hari tu.. Yeayy.. Satu wish aku dah tercapai, Alhamdulillah.. Deanlist :)

So, aku dah boleh tick wish dalam wishlist aku tu .. Dan aku akan berusaha untuk mencapai yang terbaik. Dan aku berazam nak buat yang terbaik. Aku juga berharap, semua wish aku tu tercapai. Mudah-mudahan. InsyaAllah, Amin..

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan yang banyak tolong aku, Hidayah, Fitriah, Wan Faizal, Nabihah, Norzalilah, Raihana dan semua lah..hehehe.. Terima kasih korang.. Specially cikgu aku, Nurul Hidayah Yaacob :)

Ni Hidayah dan Wan Faizal. Seminggu study week , memang kami tak sia-siakan. Kami akan pergi library, lepas Isyak dan akan berjaga sampai pukul 5 pagi atau hampir Subuh, sebab takut kami terlelap nanti bila balik kolej, terlepas pula waktu Subuh kan. Bila dah Solat Subuh, kami akan tidur sekejap. Kami selalu belajar dekat Ptar 3, dekat fakulti Kejuruteraan Elektrik, sebab dekat dengan kolej kami, so boleh jalan kaki je :)..Tapi maklumlah bila berjaga lama, mulalah nak tidur lebih kan. Bangun pula nanti mesti lambat, so cikgu aku ni Hidayah, dia akan contact anak murid dia, hehehe..kejutkan.. supaya, study..study..study.. Cikgu yang sgt berdedikasi kan? Dan Alhamdulillah, Kami bertiga Deanlist :)


Ni time bosan, kami release tension, Yayy, pergi jalan-jalan kat I-city dan lepak dekat kedai mamak sampai pukul 4 pagi.. Aku ni tak boleh tinggal sorang-sorang kat bilik kat kolej tu, nanti aku meroyan, maklumlah orang tengah kecewa..huhu.. So diorang mesti tak lupa ajak aku.. Biar happy, tak stress kan.. Time ni tengah studyweek juga :)

Raihana and Wan Faizal.. diorang ni suka buat konon2 cute.. Memang sekepala lah diorang ni..umur pon sebaya, 22 tahun.. Tua setahun dari aku..haha..  Yang kat tengah tu pula Shamir Anuar, tp kiteorang panggil dia Kokoy.

Ni Cikgu Hidayah dengan anak murid dia Wan Faizal

Korang semua, aku sayang korang.. :).. Thanks semua.. Terima kasih sangat-sangat. Bulan 9 ni, kita dah masuk Tahun Ketiga. Semester 5. Jadi jom buat yang terbaik. Deanlist tu baru titik permulaan, aku tak boleh putus asa, walau apapun yang menimpa aku, aku akan tabah. Sebab aku tahu, aku kuat, aku mampu dan aku takkan berhenti berharap. 

#Saling mendoakan
#Saling menolong
#Saling menguatkan

Indahnya persahabatan. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Aku sayang korang!!
Mmmuahh..mmmuahhh..mmmuahhh


Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira