Thursday 28 February 2013

Ukhuwah itu indah :D

    Semua manusia perlukan sahabat kan? Dah menjadi fitrah bagi manusia untuk berkawan.. Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanyalah milik ALLAH S.W.T .. Oleh itu. kita perlukan sahabat untuk melengkapi kelemahan kita, (saling melengkapi).. Sahabat yang menjadi penguat disaat kita lemah, menghulurkan tangan disaat kita jatuh dan mengembirakan kita? Betul kan kawan2?? Boleh ke korang hidup sorang2? Susah kan, complicated life jadinya..huhuhu.. Tapi dalam berkawan tu, tengok2 lah jugak, (memilih sikit)..hehe..bukan la bermaksudkan pilih yang korang suke je? Maksud aku, perhati la juga perangainya..Elok ke tidak?? hehehe..Faham murid2..

   Senang je nak mulakan persahabatan kan?? hehe..Nak akhiri persahabatan? Oh no..aku sangat pantang.. Kalau aku boleh sebut satu2 kawan aku huhuhu, aku tak nak langsung putus friendship, tak kira la kawan perempuan ke lelaki..hoho..Dulu zaman sekolah.. Aku ni bukan boleh, kalau aku hangin dengan sorang membe tu..Pastu aku malas tegur.. Tapi perasan tu sekejap je..huhuhu.. Tapi bila nak tegur semula kawan tu, mesti menggigil kepala lutut aku.. Dah si kawan tu plak wat sombong kat aku? huhhuhu.. Mulalah tak bertegur lama, huhu..aku ingat lagi.. Zaman sekolah menengah kot..haishhh...  Mak aku mmg marah sangat kalau aku tak nak kawan orang lah..Jadi aku takut.. sangat2..huhuhu.. Mak aku akan cakap. "Mak bukan hantar along g sekolah untuk bergaduh, tak nak kawan, jadi sombong'? Mak suruh berkawan, tapi pilih kawan yang elok perangainya, pastu mak suruh along belajar, Bersaing dengan kawan2.." Bukan nak bergaduh-gaduh!! Mak nak along baik dengan semua orang, jangan nak suka2 lukakan kawan, jaga hati kawan.. Kita ni hidup kena berkawan, esok2 kawan tu juga yang menolong kamu kalau kamu susah'..Oh..huhu.. Jadi sebab tu aku suka berkawan, n akan cuba jaga hati kawan, walaupun aku ni tak sempurna, n aku selalu menyusahkan orang, tapi aku nak jaga kawan2 aku.. n Sayang kawan-kawan aku.. Oh kawan2 semua..Aku sayang korang.. Mmuuahhhhhhh!!


Allah SWT berfirman yang bermaksud;


"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah ayat1 148)


   Sahabat ni umpama pesaing, n kita akan berusaha sama-sama ke arah kebaikan.. Dengan kawan2, korang akan rasa lagi bersemangat, nak2 dalam pelajaran taw,, Seyes aku jadi camtu, bila da sahabat sekeliling aku, nak2 lagi sokongan family, n aku da family angkat kat Bukit Bunga, Kelantan.. hehe.. Untunglah ada 2 mak, 2 ayah..huhu..Alhamdulillah.. Kadang2 mak aku pun jeles, kalau aku gayut dengan mama n abah kat Kelantan, sbb trademark mama. bila aku cakap, "Assalamualaikum, hello mama!!, mama akan jawab, Waalikumussalam, Sayang Ma!..hihihi.. Eh menyelit pasal family angkat lak..hehehe... Kawan yang baik, akan bawa kita kearah kebaikan. orang cakap, kawan yang betul2 sejati, dia selamba je cakap bad things dpn korang, (tapi bukan belakang korang).. Betul tak? Itulah kawan sejati..

# Jadi korang, jagalah persahabatan anda.. Jangan nak bergaduh2, tak nak kawan segala.. hohoho... Jangan la putuskan silturahim, kita sama2 berkawan, n maju kearah jalan yang diredhai oleh Allah :).. Kita umat Islam sangat mementingkan persaudaraan.. Ukhuwah itu indah!! Jadi jangan sia-siakan :D..

#Semoga persahabatan yang kita bina, diredhai Allah S.w.t dan akan kekal sampai bila2.. Terima kasih kawan2.. korang adalah anugerah yang terindah untuk aku.. Sayang korang!! (Maafkan aku kalau aku ada lukakan korang :(  )
Sekian

Wassalam


Untuk awak :)

    Awak, ye awak kawan macam kembar saya tu.. Saya minta maaf sebab saya, nak disiplinkan diri saya n menyepi untuk seketika supaya tak ganggu awak buat masa sekarang.. Saya ingat janji kita, janji yang saya cakap kat awak.. Awak kembar saya, jadi awak mesti faham saya macam mana.. Saya ok je.. Saya tak pernah salahkan sesiapa dan tak juga salahkan diri saya sendiri.. Bagi saya semua yang berlaku memang da hikmah tersendiri.. Tahu tak bertapa bertuahnya saya kenal kawan macam awak.. :).. Awak bukan setakat kawan je, awak macam kembar saya..diri saya sendiri.. Awak faham saya, n awak even macam mana sekali pun.. Awak tenang je... Saya senang berkawan dengan awk.. Just saya nak cakap, awak just jadi macam biasa, awak tak perlu rasa bersalah ke apa.. Sebab saya memang tak salahkan sesiapa.. Just kadang2, saya sedih..Sedih bukan sebab ape, sedih dgn diri sendiri..

  Takde pape yang melibatkan awak pun.. Jadi twin.. Lalui hidup awak macam biasa.. Saya sayang awak.. Sama macam saya syg family saya, sbb awak dah macam adik-beradik saya gak rasanya wat masa sekarang ni... Just sekarang, saya nak dekatkan diri pada 1st love kita, "ALLAH'.. Sebab tu, saya khilaf, n saya need time untuk jadi macam dulu.. Saya still lagi kyra yang macam awak kenal, kyra yang terburu-buru, penakut, excited n lurus coz kadang2 orang boleh buli cam tu je..huhu.. Just saya nak organize semula hati saya ni..  True sometimes kita terlalu taksubkan duniawi sedangkan keseronokan kat duniawi ni hanya sementara.. Itu satu yang membuat air mata saya menitis.. Saya tak mintak awak pergi, saya pun tak kemana-mana.. Just nak bagi space kat awak dgn kerja awak, n space untuk saya jadi lagi strong.. Awak jangan salah faham yang tu :)..

  Allah dah takdirkan kita untuk mengenali satu sama lain, even tak pernah bersua muka depan2, tapi relationship 'friendship tu kuat'.. Ada hikmah besar yang indah disebalik semua ni.. Kita hanya mampu merancang, Tuham yang tentukan semua :).. Saya percaya dan akan lalui semua yang telah diaturkan untuk saya, sebab Allah tahu ape yang terbaik untuk kita kan?? Jadi kembar.. just jadi macam biasa, n buat yang terbaik untuk last sem awak kat sana.. Final project awak..  Jangan susah hati sebab saya :(.. Saya ok je.. Pasal jumpa? Perasan tak wishlist saya kat sidebar tepi tu? Itu wish saya :).. Bila? Saya tak tahu, tapi saya yakin 1 day, macam mana pun kita akan berjumpa juga.. Itu antara wish saya..huhuhu :)..Jangan marah ae wak :p..hehe..

   #True twin, i prothallus u :)... Kalau awak remember :).. 2 orang je yg taw ni :p..hehe...  Terima kasih sbb care pasal saya, n terima kasih sebab selalu buat saya gembira walaupun kadang2 =.=, geram gak..Tapi saya ok je.. Sebab saya kenal awak macam mana :)..

#hmmm... hope awak baca ni..memang tuk awak A**Z  a.k.a  Muncet kembar kepada kyra tembam

Tuesday 26 February 2013

Maruah Seorang Perempuan

Hari ni kan kawan-kawan.. Aku nak share sikit pasal Maruah seorang perempuan, n nak beritahu, bertapa tingginya nilai seorang wanita :)

Wahai kaum Adam... Org perempuan ni bukan sekadar seorang perempuan...yang kau boleh datang dekat bile2 kau suke....yang boleh kau suka2 nak bermesra dgn dia..tanpa izin..Tahu..hohoho


"Izin? izin sape plak??... haihh...."

 Izin dari penjaganya lah....

Izin dari IBU BAPAnya, juga izin dari TUHANnya...

"Apesal plak?"

1. Izin dari ibu bapanya

Coz mak ayah adalah orang yang paling berhak kat diri perempuan tu.. So, once kita nak wujudkan ape2 hubungan dgn perempuan tu..kenalah korang si lelaki gi mintak izin kat orang yang paling berhak..

Cuba imagine ae korang2.. Suke ke kite kalau tetibe ade org kacau barang kite tanpa izin? Dlm hal ni, si perempuan adalah hak mutlak ibu bapa dia. So seharusnye kite kena la jumpe si pemilik kalau kite berkehendakkan  sesuatu yg menjadi miliknya. Adalah biadap kalau kite main redah je kan usik hak orang.... Kita pun tak suka kan kalau org buat mcm tu kat anak2 kita satu ari nnti?...kan2??

Dan ape plak perasaan si perempuan pula klu org perlakukan dia mcm tu? Perempuan yg baik tak mungkin akan berasa tenang kalau dia buat sesuatu dgn membelakangkan mak bapak dia....rasa serba salah menyelubungi diri sepanjang masa. Juga dia akan rasa seperti dirinya 'kurang dihormati', sesuke je org nak amik2 die cmtu je...Rasa harga diri dicarik2, n always menghantui si perempuan, if  perempuan tu bukan jenis yg mudah untuk diperlakukan sesuka hati, n sangat2 menjaga maruahnya... Bukan melibatkan maruah si perempuan je, maruah keluarga dia pon sekali.. Yela..orang sekarang akan ckp, 'eh anak sape la tu??'.. Macam mana lah mak ayah dia didik?? Tengok tempias kena keluarga kot.. Tak pasal2, cara didikan disalahkan?? Sedangkan mak ayah mendidik kita agar pandai menjaga diri dan menjauhi perkara-perkara yang tidak baik ini.. Lebih2 lagi kan perempuan2 sekalian.. Jika anda tidak menjaga aurat, anda secara tidak langsung menarik ayah anda, adik laki anda ke 'Neraka'.. Itu ke balasan anda kat ayah? Sayang ayah kan? Jadi sayanglah diri..tahu..huhuu

Nampak tak nilai martabat dan maruah seseorang wanita...betapa berharganya nilai seorang wanita tu =)

2. Izin dari TUHANnya


huu..cmne plak ni??

Firstly, bila lelaki dah minta izin family si gadis, sama la juga maksudnya meminta izin dari TUHANnya.. Nampak la si laki tu ikhlas nak berhubungan dgn perempuan tu.. Bukan terselit niat bukan2..Betul tak? hewhew..

Kedua, dengan cara solat Istikharah. Mmg solat istikharah adalah utk mintak petunjuk. Tapi secara tak langsung  kite mintak izin dari Allah, dalam doa yg dibaca: "Ya Allah, seandainya hubungan ini lebih banyak membawa kebaikan kepada diri kami, keluarga kami dan agama kami, maka kekalkanlah, dan permudahkanlah ia Ya ALLAH......"


Nah....lihat betapa tinggi harga maruah seorang wanita =)

#Copy paste n sedikit pengubahsuaian  :p

# Jadi, kaum Hawa yang dimuliakan Allah sekalian, jagalah diri anda baik2, kerana diri anda sangat bernilai.. :) Jangan mudah menyerah diri, atau melakukan perkara-perkara yang tidak elok.. Jaga akhlak, dan berubahlah.. Jaga batas pergaulan.. N seharusnya, korang as perempuan berasa rugi kerana ketahuilah " si lelaki amat bangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tiada hak untuk memegang anda "

# Saling mengingati :), kerana saya juga seorang perempuan, dan sangat sayang apabila anda mensia-siakan diri untuk yang bukan halal untuk anda.. Beringatlah kawan-kawan sekalian.. Jaga pemakaian anda, n jangan mendedahkan perhiasan diri..

#Berfashion tak salah.. Appear cantik pun tak salah.. :) Kerana Allah tu cantik n sangat suka kepada kecantikan.. Jadi kaum Hawa sekalian, tak salah mengikut trend, tapi salah kalau mendedahkan aurat :).. Jadi fikir2 kan.. Yang terbaik untuk diri anda.. Tak semestinya bertudung selabuh-labuhnya..n perlu dingat bukan tutup rambut semata-mata.. Jadi faham-faham lah sendiri ye..hehehe..:p

#Sekadar perkongsian.. Jadi marilah kita berubah kearah yang lebih baik,insyaAllah hidup akan sentiasa tenang..:).. Selagi masih berkesempatan..:)

Monday 25 February 2013

Sakit dan hikmah??

   Untuk hari ni.. (takde mood nak menulis sebenarnya ).. huhuhu..Kawan2.. Allah kurniakan kita dengan rasa sakit, sebab kalau kita sentiasa sihat, tak seronok pulak hidup kan? huhu.. Lebih2 lagi sakit ni, ada hikmahnya.. Gugurlah dosa-dosa kecil, insyaALLAH.. Tengoklah bertapa sayangnya Allah kat kita, Allah bg ujian sikit, tapi hikmah disebaliknya? Sangat2 besar.. Sama dengan sakit, Kita sakit.. Tapi disebalik sakit-sakit kita tu, dosa kita berguguran taw.. Jangan merungut, tahan je walau sakit macam mana pun. Bersabar, sabar tu kan separuh daripada iman..Kita ni hanya manusia biasa yang tak sempurna, n masing2 ada kekurangan n pernah buat silap? Betul kan? Tapi tak bermaksud kesalahan masa lalu, menyebabkan masa depan kita malap..No ae kawan2 :).. Salah tu.. Sebenarnya tu lah permulaan untuk kita cipta masa depan yang lebih baik, dan memperbaiki diri..

   Berbalik kepada topik sakit..hmm.. OMG! sebenarnya aku kurang sihat.. hmm.. Berapa hari ni, nak makan tu, susahnya la.. Tak boleh na terima langsung.. Tapi hakikatnya aku lapar gila2..huhu.. Tapi sesuap je., Then aku tak lalu dah.. (tapi still tembam =.= )..huhu... Sakit :(.. Asik merungut je..sakit2.. Bila nak sihatnya kalau asik layan rasa sakit je kan? huhu.. Nak makan cam biasa :(..huhuuhuhu.. Bila la boleh makan dengan normal ni..huhu.. Semalam mkn roti, Roti coklat yg RM 0.70 tu? haha.. Tapi nak hbskan =.= Sejam.. Susah betul nak telan... Nasi? hmm lagi la.. Kesian perut :(...

  Seriously, memang rasa macam nak nangis je.. Mak pun tgk aku, hmm.. =.=.. Nak minum pun tak boleh telan.. Ya ALLAH, dugaan sakit ape yang telah kau beri padaku?? Ampunkan aku atas segala silap aku di masa laluku, Bawalah aku kejalanMu Ya ALLAH.. Aku khilaf Ya ALLAH :(..


Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.   

 Aku kena kuat, Sebab ALLAH syg aku :).. Sakit ni sikit je..Setiap penyakit ada penawarnya, n pasti sembuh kan? huhuhu.. Ada hikmah di sebalik semua ni.. Aku yakin, aku pasti.. Dengan apa yang tengah melanda diriku.. Hati dan diri aku, aku serahkan semuanya kepada Allah :) insyaALLAH, disebalik kesakitan yang aku alami sekarang, kelak aku akan rasa sihat dan lebih bagus dari sebelum ni.. Amin.. :).. Doakan kesembuhan aku :p.. Terima kasih ye..hihi

# Kawan2.. Allah sayangkan kita.. Sebab tu ALLAH bg kita sakit agar berguguran dosa2 kecil kita.. Jangan merungut ye :).. Allah akan memberi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.. Tapi kadang2 tu kan.. kita lupa Allah? Bila sakit n ditimpa musibah, baru nak ingat ALLAH.. Tapi macam mana pun.. Allah tetap mendengar kita, even kita baru nak ingat DIA time tu..huhuhu.. Kita ni kenalah sentiasa bersyukur.. Islam tu mudah, n indah.. Allah tak minta ape pun kat kita, just ikut perintahNya dan jauhi laranganNya.. tu je kawan2.. tu je.. Tapi kita kadang2 taksub sangat dengan dunia kan? Sampai alpa kdg2 tu.. Perintah Allah dilambatkan, tapi hal dunia pulak yang diutamakan.. Oh aku sangat khilaf.. berubah la..Kawan2. :)..Jom..

#Extra (takde kena mengena dgn post)
Kepada Kawan cam kembar saya, awak pasti boleh.. Saya akan sokong awak..Saya respek awak.. Bertahan lah ye.. Buat sementara ni je.. Perit sikit je wak.. Lama2 t hilanglah..Saya yakin.. Then pastu kita mesti boleh friend cam biasa like a True twin :).. N terima kasih sebab faham n respek saya juga :P..hehe.. Goodluck for ur Final Year Project n buat yang terbaik untuk exam kali ni :)  InsyaALLAH..Amin :) 

Sunday 24 February 2013

Nostalgia? hmm..Indahnya hidup, tapi?


    Terasa baru seperti semalam, aku berlari berkejaran bersama teman-teman  sebaya dengan ku dikawasan perumahan ini,. Masih segar di ingatan, indahnya zaman kanak-kanak tanpa perlu memikirkan bebanan dunia yang kadangkala membuat hidup ini menjadi tidak menentu, dan kadangkala lemah untuk melangkah demi meneruskan hidup. Poyo je kyra..hehehe..Intro bermadah bagai..hahahaha..

     Awat? Spoil mood korang ae baru nak feeling2 baca entry aku..hihihihi.. Rilek2..Sebenarnya aku terkenang zaman kanak-kanak aku.. Indahnya hidup, Sebab masa kita kecik2 dulu hanya keseronokan yang kita cari.. Nak main je kerjanya..hihi.. Betul kan? Kalau sedih pon sebab mak ayah marah kan? hehe..Tapi mak ayah marah sebab mak ayah sayang kita.. Dulu aku ni nakal sangat taw.. Tangan kiri aku ni 2 kali patah taw..huhu..Nakal kan aku?? Lasak sangat..Aku ni dulu kidal, tapi sebab tangan kiri aku patah, aku tak boleh guna tangan kiri time tu, then sekarang aku tak kidal dah..haha.. Tapi tangan kiri aku bukan kuat sangat :p.. Tu la nakal lagi.. Kan dah kena..hihi, padan muka.. Korang pun jgn nakal2 taw..hehe..

  Pastu kan, da sekali tu, aku heartbroken gile2, sebabnya aku kaw2 kena marah dengan ayah n mak.. Ayah aku garang kot, bekas askar taw.. Mak aku pun tak kurang hebatnya..huhu..Garang2... Masa tu pulak pengaruh Tv punya pasal..hewhew.. Pengaruh ape? Nak tahu? Lari dari rumah n ugut nak bunuh diri segala, sambil tinggalkan surat..Whoooh!!  Aku terpengaruh time kecik2 dulu, aku pernah buat weh.. Sumpah aku insaf, kelakar pun ada bila terkenang zaman tak matang aku tu..huhu..Mak aku pulak kdg2 dia g ingatkan apa yg aku buat dulu2, Malu weh ..huhuhu..Tak leh blah..hahaha..Pastu ayah aku mesti gelak2.. huhuhu.. Korang jangan gelak kat aku ae..huhuhu..hmm

  Aku yakin, korang pun mesti da kenangan yang korang tak boleh lupa time kecik2 dulu kan? hihihi..Pastu time kecik2..Time aku dok kat kem askar..Masa tu kat Sandakan ,Sabah.. Aku da la rapat dengan sorang budak laki tu,nama dia emm Az**r..hehe.. Takut la nak mention..hihi.. Da sekali tu, waktu aku patah tangan, family dia yang hantar aku g hospital..huhu..Aku tak bepe ingat sgt la zaman aku dengan dia,tp yg aku nak tahu sgt, ada ke ak jnji nak kawen dgn dia?? Sebab nya kan korang2..huhu..After dah lebih 14 tahun,aku tak jumpa dia.. Dia satu family tibe2 dapat contact family aku, n dia datang rumah.. N ape yang dibualkan salah satu nya..huhu.. Make me as menantu? Wehhhh..Tak mau!! Yang aku ingat sorang budak tu nama dia Nazrin.. Memang aku tak boleh pisah dengan dia time kecik2, bila pindah ke semenanjung..hoho..Nangis bagai..hehe..Tu zaman kanak2 :p..hehe

  Aku pun tak tahu kenapa aku tak mau?? As aku pernah cakap dalam entry sebelum ni, hati aku belum pernah terbuka untuk sape2 lagi, Aku setakat suka orang macam tu je??  Lagipun prinsip aku adalah berkawan.. Kalau kita berkawan, insyaALLAH kekal sampai bila2, Tapi kalau berkapel bagai?? Tak menjamin kan?? Andainya dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk aku, maka aku akan terima dengan hati terbuka.. :) Lagi, bercinta lepas kawen tu lagi best kan? Halal, n menjamin kebahagiaan.. Cheh, macam pernah kawen je aku ni, cakap macam tu bagai..hahaha.. Aku cakap based dari pengalaman n story yang aku dengar dari orang.. Aku suka mendengar, n membaca.. Input untuk aku menjalani hidup kat muka bumi ni supaya tak mudah diperdaya, dan mampu menghadapi duniawi ni...huhu

  Sekarang ni dah besar pun aku.. Tahun ni dah nak masuk 21...huhuhu.. Macam tak percaya je.. :p..
Kalaun nak main kejar-kejar tu..hihi..memang buruk benor rupenya..hehehe..Dah boleh jadi mak orang..haishh..hahaha :p..

#Kawan-kawan yg dimuliakan Allah sekalian :), kalau mak ayah marah n tegur tu, dengarlah jangan memberontak.. Jangan jadi macam aku waktu tak matang dulu..huhuhu.. Sebab mak ayah nak kan yang terbaik untuk kita, sebab mak ayah sayang kita :)..Faham..hehe

#Jodoh, ajal maut di tangan Tuhan,.. Allah dah tetapkan untuk kita semua, jadi just follow the flow.. Lalui hidup ni dengan penuh tabah, memang masa lalu kita tak dapat nak undurkan semula.. Tapi kita boleh create masa depan kita jauh lagi baik, dan seronok, jadi berusahalah kawan2.. Jangan pernah putus asa, kerana Allah akan menolong kita yang betul2 tekad untuk mengubah diri kearah yang lebih baik.. Masa lalu kita jdkan sebagai kenangan terindah dalam hidup kita.. OK..!! Ko pun sama kyra, dengar cakap jugak..hehehe.. Sekian..

Wassalam :)

Saturday 23 February 2013

Tipu, penipu dan ditipu.. -___-

      Hoh, asal lak tajuk entry aku cmtu..hohoho.. Nak tahu kenapa? Semalam aku dengan tak sengajanya tertengok cerita Upin-Ipin, n title dia 'Kisah si pengembala kambing dan serigala'.. hehe...(padahal mmg suka tgk, bukan TERtengok.hihihi) .. Ok tahu tak sal cite pengembala kambing ni? Aku rasa semua tahu kot.. Ke tak tahu =.=, Kpop seme taw plak ae..hihihi.. Ok2, cool2.. saje je nyakat..hihi..

   Bagi sape yg tahu, bagus2.. sila tepuk tangan untuk diri sendiri..haha.. Ok.. pe kaitan citer si pengembala kambing n entry aku hari ni? hohoho..tahu ke tak tahu? Kalau sape yg tahu citer tu..hehe..Dia faham la..hehe.. Ok macam ni sebenarnya, aku cuba ringkasakan..Pengembala kambing ni, dia selalu menipu.. Tipu camne? Ok.. Pada zaman dahulu, da 1 org pengembala kambing, dia ni pemalas.. n cepat bosan bila jaga kambing.. Bila dia bosan, mulalah datang idea dia nak main2 kan org2 kampung.. Mainkan macam mane?..hmm... Dia menjerit meminta tolong dari orang2 kampung, sambil menjerit.. "Tolong-tolong! Ada serigala yang mahu makan kambing-kambing saya..!" Orang kampung yang terdengar, heh apa lagi. cepat2 la dorang semua pergi kearah pengembala tu, sambil bawa senjata yang boleh bunuh serigala tu.. Bila orang2 kampung ni sampai, pengembala kambing tu tertawa terbahak-bahak, n dengan selamba cakap.. Mana da serigala kat sini..hahahahaha...Then, Keesokan harinya, pengembala tu buat trick yang sama untuk mainkan orang-orang kampung tu lagi.. Tapi malangnya, orang kampung kena tipu lagi.. So ape lagi benganglah orang2 kampung tu.haha..kalo korang pon bengang kan.? Nak bergurau pun agak2 lah kan..hhuhu

   Then, pada suatu petang tu, haih.. betul-betul ada serigala yang mai datang makan kambing2 dia..haiyo..  Ape lagi, cuak la si pengembala tu taw..So, dia pon menjerit minta tolong, tp malangnya takde sorang pon yang pedulik kat si pengembala tu..hoho..maklumlah sebelum ni dorang asik kena tipu je kan..hewhew.. So habislah semua kambing-kambing si pengembala menjadi korban.. Itulah menipu lagi, dah orang tak percaya, bila ko memang betul2 dalam kesusahan, .. So Itulah sebabnya tajuk entry aku cam tu..hehe..faham dah?

   Kita ni, tolonglah bersikap jujur, jangan menipu n mempermainkan orang lain.. Jangan pentingkan diri, n jangan ingat diri orang lain boleh dipermainkan untuk menghiburkan diri kita.. Heh, aku pantang orang macam ni.. Jujurlah wahai kawan-kawan.. :) Sebab menipu tu hanya merugikan diri sendiri, Ok.. Aku mengaku, aku pun kadang2 tak jujur, sebab aku pun manusia biasa yang tak sempurna, tapi aku cuba untuk jadi sejujur mungkin, sebab aku nak jaga hati n perasaan orang yang aku sayang..

So janganlah jadi macam pengembala kambing ni taw, sayang2 sekalian.. :D..taw2.. Tolong ye..hihihi

  Berkata benarlah walaupun ianya pahit wahai sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah sekalian :).. Kebenaran memang pahit kadang-kadang tu, jadi be strong lah kawan-kawan.. Ingatlah, walau besar mana pun dugaan yang menimpa anda, itu semua adalah ujian dari Allah kepada anda, tanda sayangnya Allah kepada anda, sebab Allah takkan beri sesuatu ujian itu sekiranya anda tidak mampu menghadapinya.. Jadi korang sebenarnya kuat, jangan rasa diri tu weak.. Sebab anda mampu, berfikirlah dengan positif, n hadapi dengan cara yang terbaik, insyaALLAH akan dipermudahkan.. Amin :)

#Motivasi untuk diri sendiri juga.. N aku share dengan korang.. Jadi sama-samalah berubah kearah yang lebih baik..insyaALLAH :)

Wassalam



Friday 22 February 2013

Hari aku bersama mereka "sahabat" ◕‿◕

     Kalo entry lepas aku citer pasal romat aku Nurul Huda.. Now, aku nak cerita, life aku sem 2, dengan seorang sahabat, sangat gila2, kepala masuk air, mcm aku..hehehe.. Kiteorang memang sekepala la..hihihi.. Nama dia Nurul Aine Bt Rosli.. hihihi..ejaan nama dia memang cmtu..hihi.. Dia ni romat aku masa aku sem 2.. Sem yang sangat kritikal untuk aku.. Sem yang penuh dugaan, yang membuatkan aku menangis hampir setiap hari, N Aine la orang yg salu cool kan aku, kadang2 dia diam, n tengok je aku.. Memang aku sangat weak waktu tu.. Macam2 yang aku lalui..  Dengan jadual yang sangat-sangat padat, kelas makmal n projek yang terlalu banyak tuk Kos yg ak ambil aku.. Dengan kesilapan aku waktu sem 1, yang membuatkan aku kena repeat 1 paper.. Aku rasa teribble sangat time tu..

  Dalam situasi sulit yang aku lalui ketika tu, ada cahaya-cahaya yang datang menerangi hidup aku, yang tak pernah putus memberi semangat kat aku.. Itulah sahabat.. Yang rasa perit sama2, nak2 kami ni terlibat dgn unit beruniform, jadi kami sama-sama faham situasi masing-masing.. Sahabat yang aku maksudkan, tak lain tak bukan, mestilah Aine,dan juga insan lain iaitu Fathin Nadia, Farrah Ain (Kecik) dan Fariza (Faz).. Kami berlima, akan bersama-sama, tak kira masa, menghiburkan antara satu sama lain.. Kami memang dikenali di kolej kediaman, dek kerana, kami yang selalu membuat bising, dengan gelak ketawa yang boleh meruntuhkan 1 kolej kediaman.. Tapi itulah ubat untuk aku.. Yang membuatkan aku tabah menjalani hari-hari sulit aku..  Terima kasih korang.. huhu.. Aku sakit, korang jaga.. aku sayang korang.. Bila aku sakit, sampai dipapah bawa ke kelas, tapi Fathin Nadia (classmate) tetap sabar dgn aku, n bantu aku.. Aku terharu n aku sangat bertuah dikurniakan kawan yang baik untuk aku.. aku bersyukur..

   Ok, aku taknak citer sedih2.. Meh Aku cerita kat korang.. Ape antara yang berlaku masa aku sem 2.. :).. Hari-hari aku dengan mereka.. hari-hari gembira kami yang gile2..no sedih2..hehe

  Kami sangat suka karok (karaoke)..hehe.. Bila kami stress, kami akan karok.. Suara masing2 mmg sedap.. mengalahkan penyanyi2 yg ada sekarang taw..hihihi.. Tak percaya? haha..ikot korang la :p.. Tp paling dahsyat Fathin or ak pggl R-10..hihi..Dia suka dangdut whohh!!..hehe.. Aku pon turut terjebak..haha.. Aku n R-10 pernah karok lagu Mas idayu yg bertajuk 100 percent ..dpn public taw.haha..Orang2 kampung seme tgk weh..alahai..gile tak gile kami ni? Panjat pagar? huhuh..kami pernah jugak..Sebab balik lewat...huhu..hehehe..Ganas tak??

Kalau karok tu..masing2 tak nak lepas Mikrofon..mula2 je malu, lepas tu..Tak ingat dunia..haha..
Lepas tu kalau kami berlima outing..huhuhu... Kalau boleh..tak nak balik, haha..Lagi kiteorang ni mmg suka sangat makan.. Nasi Lemak specially plus ayam goreng, sambal lebih.. mau tak montel badan ak? Boleh kata hari-hari kot..hehehe, air feveret Milo cincau.. Dengan aku2 yang tak boleh minum ais bedal jugak..hihihih.. Kaw gile milo tu..BEST!!

hehehe..hmm... Kalau si Farrah Ain..hehe, dia cm garang sikit.. dia diam.. sekali keluar..Pehh pedas..hehehe.. Kalau si Fariza plak, dia ni comel sangat2..hihihi.. Lepas tu, kami masing2 ada haiwan peliharaan?haha..nak tengok?

hahaha..tu lah binatang peliharaan kiteorang..hihi..sbb 'pet is not allowed' kat kolej kediaman, so kiteorang mmg cam budak2 men benda alah ni seme..hihihi..  Aku n Aine ada kura2 yang sama.. tu haa!! yang tersangkut kat tingkap tu..hehehe.. Aku punya kale hijau n Aine pulak kale Purple..hihihi.. nampak tak budak2 kami ni..haha..dah la kiteorang comel..hihi baby face sangat plak tu..haha..so mmg omey sangat kiteorang main patung2 ni semua..haha..tengok kura2..huhu.. Sian kura2 tu, jd mangsa kiteorang..hihi..mahluk2 ni seme kami berlima punya taw.. Bahagianya kami berlima.. Even macam2 dugaan yang kami tempuhi, kami tetap mampu ukir senyuman.. Sebab ikatan persahabatan antara kami berlima..hehe..

Nak tengok pix kami?
Nak ke tak nak? bek cakap =.=..hahaha..

Nak tak nak, aku tunjuk jugak ae..hihihi

 Cantik tak? haha...mereka ni la penyeri hidup aku taw.. Tarikh pix ni diambil?? 9 June 2012.. Time befday aku.. Memang hepi sangat2 kami berlima.. tengok la tu..hahaha..Bahagia kan? Mereka ni lah yang buat aku tersenyum setiap hari, tanpa fikir ape2 bebanan yang meyulitkan.. Semua orang busy, tapi kita kenalah pandai bahagi masa kan? So tq korang..




  Nak tengok bilik aku waktu sem 2? haha.. aku dgn Aine :).. Kami suka kemas, n aku selesa sangat kat bilik..dengan Aine..hihihi..Ok ni dia!!


haaaaaaa..tu la..kemas tak?hehehe..(time inspection)
Yang pink tu katil aku, yang da cik garfield tu katil Aine.. Sobsssss..aku dah rindu gile kat dorang sebenarnya..specially Aine :(.. Awak jaga diri baik2 taw..huhuhu.. Kite sayang awak.. Kita sayang semua kawan2 kita.. :D






Time berkawad pun kiteorang boleh wat lawak, plus time kena denda pun..huhuhu.. Memang mujarab kalau kita tersenyum, senang hati.. Ape2 yang complicated, akan jadi simple.. :).. N mudah untuk dihadapi n diselesaikan.. Sama jugak macam belajar.. Complicated mana pun sesuatu benda tu.. Just bertenang, slow2.. n buat yang terbaik..

#Hargailah kawan2, jangan pentingkan diri, ambil hati mereka.. Sayang mereka,n jangan buat mereka terluka kerana kita.. Kawan adalah anugerah dari Allah, untuk kita hidup as khalifah di muka bumi ni, untuk mencari keredhaan dan kebenaran, jadi hargailah rakan, dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.. Amin.. :)

#Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.. Sebagai bukti, cgpa aku skrg above 3.. n pointer aku sem lepas 3.46.. Alhamdulillah..sangat2 meningkat..Jadi jangan putus asa, kerana peluang masih ada n terbuka luas untuk korang..Rebutlah peluang tu.. Jangan patah semangat.. Aku dah pernah gagal sekali, sekarang masa untuk kedepan..jadi korang.. SEMANGAT!!

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Allah tahu yang terbaik untuk kita.. Jadi fikir2 kan.. :)

Wassalam


tahniah awak !!

  Ok.. entry aku semalam pasal sakit hati? huhu..  Nak sambung sikit. boleh? hehe..boleh la ae...sikit je kita janji :D.. hehe.. Kalau kita sakit hati, kita buang hati kita tu, hilang tak sakit hati? :D.. hahaha. ye2 je kyra ni..merapu je..hehe..sory2.. Dah, tak nak cakap..hohoho... Hari ni citer len plak..haha.. semalam. semalam punya citer.hihi.. Hari ni punya citer..BAHAGIA taw..!!!


  Asal lak bahagia? Sewel ke kyra ni, hati tak tetap? mood berubah2..hehe..  Tadela..hehe.. Actually, hari ni kan. kawan aku nikah...WOW!!! hehehe.. Kawan aku tu nama dia Nurul Huda Bahari.. Dia ni romate aku sem lepas..hehe.. Aku sayang dia sangat2, (Romat kesayangan)..hihi..  Nak taw kenapa? Hari-hari, ada je cite dia nak beritahu aku.. Macam2, aku tukang dengar, seronok taw.. Dia memang kuat bebel.hihi.. Hot-tempered gak tu, Kadang2 aku pon seram, tapi dia baik sangat2 taw..hehe..Alhamdulillah. jodoh dia sampai awal..hehe.. Dia tua setahun dr aku.. N yg paling best, aku org 1st yang tahu time dia bertunang..hihi.. Sebelum dia ikat tunang, dia da texting2 aku.. hehe..last2 bertunang betul..hehe..

  Romat aku ni, dia suka sangat kale oren.. memang suka sangat2 la.. Barang-barang dia semua kale oren..hehe.. Dia sama dengan Nur Amanina Bt Manab, kawan cam sister aku tu..hehe.. Dia pon gile kale oren gak..hehe.. Tapi aku tak de la cmtu.. Aku suka, emm..semua kale kot? haha..boleh plak kan..:p.. Ok,back to huda..hehe.. Tema dia Kelabu and pearl, N  golden green camtu..huhu..Aku tak dapat pergi.. Sedih :(.. Aku siap pinjam baju adik aku, untuk sama tema dgn Wedding Huda..huhu..Tapi tak de rezeki pulak aku nak pergi.. Dia kat Perak tu, Aku ni plak kat Pahang..huhu.. Kalo ada transport sendiri, dah lama aku pegi..hewhew.. Nak pegi sendiri nek bas, mak tak bagi, risau.. Maklumlah, anak dara g tempat orang, n lg plak 1st time, tak biasa kan..?? Lagi plak, anak dara dia ni.. cantik , cun!! (OKE PERASAN BETUL, SETIAP ENTRY ANGKAT BAKUL SENDIRI)....ekekek..hmm.. So, cakap mak kita kenalah dengar kan?  Syurga seorang anak terletak dibawah telapak kaki ibu :).. huhu..

  Kepada Huda, tahniah, awak dah jadi isteri orang..:) lepas ni, mesti rindu kat awak.. Nak bercerita, Makan chocolate moist sama2,  pastu nanti, tak de sape nak layan aku yang tak berapa betul ni haa :p..hehehe.. Tq awak.. Kita senang sangat kawan dengan awak.. Sorry atas segala salah dan silap saya taw,,huhu.. Semoga Awak n suami awak Zali Bahagia until Jannah :).. Saya tumpang gembira untuk awak.. Sangat-sangat hepi taw....hihihihi

#Aku ni bila pulak nak kawen?? hohoho..
hehe..kawan2...Allah S.W.T dah tetapkan jodoh untuk setiap orang, jadi just follow the flow..
1 day.. kita akan jumpa sape Jodoh kita.. InsyaALLAH.. :)..
Jadi janganlah mempersoalkan lagi..hihihi.. Jalani hidup mcm biasa, Tabah n Happy2 taw..
Yang paling penting, Just Be Urself.. ok!!

Wassalam

Thursday 21 February 2013

Hati and cinta??

    Hati sakit, hati pedih?? Camna nak buat ae? seksa kan kalo hati ni sakit?? Sakit suka orang? sakit, tak boleh terima kenyataan? sakit bila diri tak dihargai and dianggap annoying n menyusahkan? Habis madu sepah dibuang? hmm... Macam2 bnda kan boleh buat kita sakit hati? Sakit hati sbb marah, tp hati lg sakit kalo tengah kecewa, sedih, lagi perit, n nak sembuhkan, susah kan? walau dah beribu tahun pun, tetap akan teringat, walaupun dengan penat lelah cuba melupakan masa lalu, tp dia tetap datang dalam ingatan, walaupun nti hanya tinggal secebis ingatan, tetap hati ni tak boleh sembuh n balik pada keadaan asal? Itu ke yang bakal terjadi, n terjadi kat kita specially kaum Hawa yg dimuliakan Allah? kenapa ye? Aku tertanya2.. Kadang2 aku rasa laki ni kejam, mempermainkan perasan perempuan.. Hebat sangat la buat perempuan menangis, patah hati, semangat semua... Hello, kepada kaum Adam, please jgn detikkan perasan kat perempuan tu, if ko tak de niat langsung untuk jadikan perempuan tu org yg rapat dgn ko, n org yg ko sayang..

  Tapi tak boleh juga nak salahkan lelaki kan? Tak adil, so bg perempuan2, jgn la mudah 'FALL IN LOVE', ok!,, Korang tak berhak untuk kecewa atas sebab lelaki semata-mata..jangan menangis, tabahlah wahai kaum hawa.. Membazir je taw, menangis untuk nda yg tak pasti.. Faham kaum Hawa semua :).. tolong ye..tolong... Macam aku, dari pengalaman aku. hmm... Aku sangat susah nak sayang orang, tapi bila aku dah sayang, susah aku nak lepaskan orang tu.. Sebab tu aku tak pernah terjebak dengan 'kapel2 ni".. bagi aku, tu semua macam cinta monyet je, n tak menjamin langsung.. Itu just pendapat aku :).. Tapi aku mengaku mmg ak rasa perit suka orang, aku pon tataw knp? n aku tataw la korang cmne, tp bila aku suka someone, ak jd cm org len, maksud ak, aku tak macam diri aku, Act like a fool, terhegeh2.. hish, aku malu sbnrnya.. Ak tataw, aku akan automatik jadi cmtu, sdgkan org tu sikit pon tak pandang aku..Ak ni tataw malu kan? cubalah jadi diri sendiri kyra..N itu mgkn main faktor yg wat aku tak terjebak dgn kapel2 ni..hehe,,hmm.. So truly, aku mmg malu..

      Cinta tu anugerah, n semua orang akan rasa , manis pahit cinta tu..Jangan menyalahkan rasa cinta if anda kecewa.Cintalah ALLAH.. sebab cinta dengan ALLAH akan terbalas, n anda pasti takkan kecewa.. faham murid2..huhuhu.. Sekiranya dia jodoh kita yang telah ditetapkan oleh ALLAH, adalah dia untuk anda, just berdoa ye, Sebab dia adalah Milik ALLAH, Allah yg ciptakan kita semua, jd berdoa dan bersabarlah wahai perempuan.. If dia bukan untuk anda, maka janganlah khuatir, kerana Allah telah menetapkan jodoh anda dengan seseorang yg lebih baik dr dia untuk menyayangi anda.. Setiap seorang Hawa telah ditetapkan seorang Adam untuknya.. InsyaALLAH.. :)

     Aku tak pernah bercinta, tp aku mengaku perasaan suka orang tu ada, tp itu belum buat aku rasa cam tengah bercinta,. Hati aku pon belum terbuka untuk sape2..:) Aku just nak bercinta dgn yg HALAL tuk aku.. Itu impian.. Hmm.. Diri aku hanya untuk yg halal buat aku, bukan untuk yg tidak halal.. Aku khilaf, jadi perempuan2, jagalah diri anda semua, jaga diri baik2, jgn mudah terpedaya dengan ape yang tak pasti.. Diri korang sangat bernilai..  Ok..

# ALLAH tahu apa yg terbaik untuk kita, So kawan2 just follow the flow :)

Wednesday 20 February 2013

Hai Anak dara ◕‿◕

    Hari ni ye? hari ini, as usual, aku tinggal sorang-sorang kat umah, ditemani dengan bunyi jam dinding yang berdetik, kuat cam heartbeat orang yang tgh mengelabah lak kalo difikirkan.. Bunyi detik jam dinding di kamar n ruang tamu, selang-seli mengalunkan bunyi..tik..tikk..tik... membuat kan jantung aku..dup..dap..dupp.. Bukan gelabah, tp terserlah kebosanan kat situ taw.. Terlalu sunyi, sampai macam tu sekali bunyi jam yg aku dengar.. So untuk menyibukkan diri, aku a.k.a perempuan or ANAK DARA, so kena lah rajin2 menguruskan rumahtangga..ceitt..cam dah kahwin lak bunyinya..hehe..tadela.. Anak pmpn, kenalah reti buat kerja2 rumah kan? betul kan2? Nanti baru termasuk lam list "isteri pilihan'..chewahh..:p..agak poyo di situ..
   
   Ok, back to the topic, haiyo..topik ape? aku pon tataw..haha.. ok la.. Hari ni? ape yang aku buat ae? hehe.. As usual, bangun pagi, solat, sarapan (mak yang sediakan ok!).. Lepas tu, mula la hidup aku as wanita bujang yang hot sentap gitu..kekee..PERASAN!!  selepas semua ahli keluarga p sekolah n bekerja.. So aku pon start la karier aku as Suri rumahtangga yg tak berapa nak berjaya lg..hihi.. Mula2.. Ok cam biasa la..kemas rumah, 1 rumah aku bersihkan..dah takde keje..so rumah berseri2 sepanjang aku da kat umah..(poyo lagi)..hehe.. Then..alamak masak pulak?? hohohoho

     Nak masak ape? cam tu lah kaum2 hawa, isteri dok pk nak masak setiap hari.. Nak menyediakan hidangan yang terbaik untuk ahli keluarga.. hhoho.tp ak single g n blom lagi jumpa MR.Rite aku ok..so ini semua adalah preparation untuk dunia aku t after dah berumah tangga...hahaha.. Ok bila dok pk2... n meneliti setiap bahan yang ada, di dapur, peti sejuk n segala sumber makanan, aku decide nak masak ayam Tom Yam jek..haha... Aku ni bukanlah reti masak, tapi boleh la gak masak n kenal barang2 dapur.. Mak aku mana tunjuk, mak aku akan cakap je kat aku, ok law na masak ni, camne..then pandai2 lah ko hidup kat dapur tu untuk masak, mak aku tak tolong, dia biar je..aku survive..Macam tu la cara aku belajar dr mak aku..hohoho.. mencabar, aku lg suka kalo org tunjuk..hihi

   N aku sangat beruntung, aku banyak terlibat dalam camping, n selalunya aku akan dapat part kat bahagian makanan, so dr situ aku pon belajar.. Aku pernah berdua je dengan kawan aku uruskan perkhemahan untuk 100 orang peserta sem lepas, tuk masak n sediakan makanan untuk pelatih, jurulatih dan faci..Sumpah penat, nak patah pinggang aku..Muka kami la masak, kemas base camp, basuh semua periuk belanga, wat BBQ, sediakan bara,cari kayu.. haih..hahaha..tape..itu semua pengalaman.. Tapi balik dr camping tu, aku demam teruk kot..huhuhu.. Sbb terlalu penat, n lebam sana sini..


           Ok la.. malas aku nak cite dr mana aku dapat ilmu2 di dapur..poyo je lg kyra ni.. hahah. ..sory2..haha..ehh..nak tengok tak hasil masakan aku hari ini? jeng3..!!

   Nampak tak tengah mendidih tu taw u ollsss...hohoho... untuk sayur.. aku juz buat cendawan goreng.. nyum3...haaha..rasa? tah la..janji boleh makan..hihi..tapela slow2.. :D



* Tips masak, mak cakap air tangan sendiri adalah yang terbaik, n sambil tu berzikir lah, and amalkan kebersihan, insyaALLAH, makanan yang disediakan adalah yang terbaik :)

Wassalam

Tuesday 19 February 2013

Terima kasih korang :)

       Assalamualaikum.. post kali ni?? hmmm..pasal ape ye? hehe... Kali ini aku just na cakap pasal kawan.. truly.. aku memang ramai kawan..:D.. sangat-sangat ramai, n aku sangat beruntung da ramai kawan..huhu.. tapi dalam banyak-banyak kawan tu, sape yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita? sape yang faham isi hati kita, yang kita percaya n menjadi orang atau tempat kita bersandar di saat2 kita susah, n lemah untuk terus melangkah? chewahhh..ayat poyo la pulak..hehe..tp true taw kawan2 sekalian..!!! truly family comes first, BUT time kita kat U, kat tempat belajar tu haa? cane? cer kome bgtw??? jauh dari family? nak kol je? Tak terluah weh...hohhoo... lemah la ekaw sorang-sorang kalo tade kawan yang betul2 memahami korang n tahu pasal korang kat sana.. Hard situasi ni bg orang yg weak, n cepat give up.. sangat tough..so be strong ye rakan-rakan yang dimuliakan Allah sekalian :)
(bhs bercampur2, sory ye rakan-rakan)

     So, pentingnya peranan kawan ni, n kita kena lah take note..Okeh?? Macam aku, aku mmg ramai kawan, semua kawan adalah kawan baik aku? tak percaya? yelah....betul..mana da kawan jahat, kawan baik je aku ada la..hihihi.. Bagi aku semua kawan aku, adalah kawan baik.. Tapi tak semua kawan baik aku tu betul-betul rapat, n jadi sister, brother or twin pada aku.. Certain2 je.. Aku mmg ada kawan yang macam sister, n yang paling2 rapat dengan aku sekarang ni, of course la  NurAmirah Bt Arifin dan Nur Amanina Bt Manab ,  . Aku sayang sangat dorang berdua ni.. Sangat-sangat..  Dorang ni selalu ada time aku down, sedih,.. Dorang dapat detect something wrong dengan ak, even aku kat depan orang dianggap orang yg TIADA MASALAH maklumlah hepi je sentiasa.. Walaupon dalam hati kadang tu perit sangat, tp na buat camne kan? Life Must Go On..!! huhu.. Kawan macam Kembar? Pon aku ada.. :).. Tak perlulah aku nak mention nama orang tu.. Dia ni pon aku sayang macam aku sayang myra n aman, tapi kurang sikit la kasih sayangnya :P..hahaha..

      Kawan-kawan, Aku sayang korang.. N jangan lah salah ertikan rasa sayang aku tu? Aku betul-betul ikhlas  berkawan.. Terima kasih korang sebab selalu ada untuk aku, walaupon aku ni kadang-kadang annoy, or act like a fool, or pura-pura tak dengar, percayalah, setiap butir perkataan dari korang, aku dengar satu2 and aku ingat, n hadam baik-baik.. Yang baik kita ambil, yang kurang baik kita perbaiki, yg tak baik kita buang, OK???  Masa silam, kita biarkan ia berlalu.. sekarang kawan-kawan, kita maju kedepan ye.. Jangan sedih-sedih, ALLAH ada.. Allah Maha Mendengar.. Jadi, Kita sama-sama lah berdoa ye.. :)
Semoga persahabatan kita diredhai ALLAH, n kekal sampai bila-bila.. InsyaAllah, Amin
Wassalam

 Kepada Myra, tahniah DL.. Sory tak dapat teman g dinner DL sama-sama :(
 Sem akan dtg ye kite g sama-sama..InsyaALLAH..:).. Lov u soooo Much

                   

      kawan cam sister, cam kembar???
      Itu watak-watak dalam cerita hidup aku.. :)...
     Sekian

Sunday 17 February 2013

Mak pesan

Assalamualaikum.. Untuk 1st post aku..aku just na tulis pasal ape yg mak aku pesan..hehe..Hmm.. kalau nak taw..aku ni degil..tak dengar ckp..n aku akan wat ikut kepala aku je..janji aku puas..
ye..mak aku selalu tegur.. Aku mengaku.. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat rite? so hidup ni kena la reti-retikan diri utk terima hakikat walaupon  hakikat tu perit? hohoho..rite? come on la girl, ta payaha nak sedih2 bagai kalau anda tengah heartbroken.. BUANG MASA je taw!!! Buat ape la ko nak kenang-kenangkan sangat benda yg buat korang sedih? membazir air mata korang je.. pastu nanti hilang seri taw.. sembap je muka korang nti... Haip..jangan2.. Kaum hawa sekalian, jaga kecantikan korang tu, taw :p..

Hehe..back tu title yg kononya "MAK PESAN" tu..kekeke... Act..Mak aku selalu pesan.. Anak dara kena pandai jaga diri, jaga kebersihan, bertanggungjawab, kena rajin jenguk dapur, n sentiasa appear CANTIK ok!! Tadela bermaksud kena cantik ,cam Neelofa, or Ersalina Emani..eh..hahaha.. Tp cantik dengan cara kita sendiri.. Semua orang cantik kot? hehehe..so hargai la kecantikan anda n TOLONG, TOLONG dan TOLONG jangan bazirkan kecantikan yang anda ada.ok? janji taw? alolo.. semangat!! semangat!!..
lagi penting, mak pesan, anak dara kena jaga diri n maruah.. Jangan mudah terpedaya, n rosakkan diri... Kata pon anak dara, anak dara mestilah kena ada dara..!!! jaga mahkota tu baik2 taw..hehehe :D

Kalau na appear cantik, mestilah kena cantik hati gak..cantik hati, cantik la org tu.. kalo kurang cantik, perangai lak huduh..aiyyoyoyo... so repairing ur heart ok syg2? :D.. nti msti nmpk cntik.. itu yg mak pesan
.. lg mak pon da cakap,. tidur awal, bangun awal..jgn lak bangun tengahari..hehehe...kalo ye..tolong ubah ye anak2 :P..hehe.. nanti mak ckp, rezeki susah na masuk..

Dr segi pemakaian pulak? Mak kata, pakai tu molek2 sikit.. Janganlah dgn secara tak sengajanya mengundang mata-mata NAKAL, kaum ADAM..!! Kaum yg merbahaya ni.. bukan lah semua.. tapi berjaga-jaga je..taw2..hehehe... Nak lg cantik berseri-seri mak kata pakai Safi Balqis..hahaha..opssss..bukan2.. hehe..tapi mak kata, jaga solat.. Jaga hubungan dengan ALLAH, ibubapa, kawan2 n persekitaran anda.. Solat jgn tggl,lgpon nti kesan air wudhuk tu wat muka kite berseri-seri umpama cahaya n menawan sgt3..hehe... Org yg memandang pon sejuk je taw... percayalah ckp kite..kite tak bohong taw..huhu..

Kalo na tulis semua yg mak aku pesan, meme tak hbs la.. Aku ni kang berceloteh tak ingat dunia.. hahaha...
Just lastly, mak pesan, Jd muslimah yang terbaik, Ingat pesanan mak, hati kena selalu tenang n tidak terburu-buru, bcoz ak ni terburu-buru sgt kdg2 tu.. bukan kdg2 SELALU sbnrnya..huhu.. so ubah dan berubah la ye.. Hidup kena simple, n berani terima hakikat.. Jangan mudah putus asa,kerana ALLAH tahu yg terbaik utk kite..:)
 Wassalam...
Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira