Wednesday 8 May 2013

Berharap mimpi menjadi nyata, tapi tetap sekadar mimpi?




     Pernah anda bermimpi?? Jawapannya mestilah pernah kan? Sama ada kita bermimpi untuk memiliki sesuatu, bermimpi buruk atau mimpi Petunjuk dari ALLAH, ataupun dapat disimpulkan yang korang hanya sekadar bermimpi... Berharap mimpi menjadi nyata, namun mimpi tetap sekadar mimpi..

Istikharah?? 

Untuk membimbing kita membuat keputusan yang terbaik dalam memilih sesuatu.
Disertakan doa,
"Ya Allah Sesungguhnya aku memohon petunjuk memilih yang baik menurut pengetahuanMu, aku memohon kepastian dengan kudratMu dan aku memohon dengan kurniaanMu yang amat banyak kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa. Engkau Amat Mengetahui sedangkan aku tidak tahu dan Engkaulah Maha Mengetahui Segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini...... (sebutkan perkaranya) baik bagiku, agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkan aku kepadanya. Tetapi jika dalam PengetahuanMu hal ini tidak baik untukku, agamaku, peghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun pada masa akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan elakkanlah aku daripadanya dan tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada kemudian redhakanlah aku dengannya, Sesungguhnya Engkau berkuasa diatas segala sesuatu".

Melalui istikharah, biasanya kita akan memperoleh petunjuk dari Allah, dalam bentuk mimpi atau mungkin sering teringat (perkara yang dipinta), (kecenderungan hati).. Tetapi solat Istikharah perlu dilakukan secara berterusan.Istikharah perlulah dilakukan dengan cara dan niat yang betul disamping penuh yakin dan meredhai segala ketetapan dan petunjuk daripada Allah SWT. Istikharah perlu dilakukan beserta dengan istisyarah di dalam suasana yang tiada kecederungan nafsu. Penuh pengharapan kepada Allah kerana tiada keupayaan dan kekuatan melainkan dari Allah SWT. Tiada manfaat dan mudharat melainkan daripada Allah SWT jua...

Redha dan terima dengan hati yang terbuka mengenai apa sahaja petunjuk dari ALLAH.. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Berusaha, dan berdoa kepada Allah, insyaALLAH itu yang terbaik untuk anda..Ini kerana berkemungkinan apa yang diperolehi setelah istikharah itu disebabkan oleh emosi atau terkesan daripada perbuatan-perbuatan lain yang berkait dengan nafsu atau perasaan.

Mimpi

Mimpi diiktiraf di dalam Islam. Ini kerana mimpi bagi para rasul dan nabi merupakan petanda kerasulan mereka dan penurunan wahyu kepada mereka. Mimpi yang benar sepertimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW merupakan sesuatu yang wajib diimani serta boleh dijadikan hujah. Pelbagai tafsiran mimpi yang telah dibuat oleh para ulama terdahulu seperti tafsiran mimpi yang ditulis oleh Ibnu Sirin.

Adapun mimpi-mimpi yang datang (ketika proses istikharah) merupakan takwilan atau pandangan-pandangan yang tiada asalnya di dalam Islam. Jika ini berlaku, dan mimpi itu datang selepas melaksanakan istikharah berkemungkinan ianya sesuatu yang positif tetapi tidak boleh dijadikan sebagai pegangan yang pasti.

Perbuatan melalui istikharah tiada berkait dengan mimpi tidur dan tiada kaitan antara keduanya, serta tidak disyaratkan benarnya istikharah dengan melihat apa yang dipilihnya di dalam mimpi selepas itu. Ia tidak boleh dijadikan hujah atau dalil dalam menetapkan sesuatu hukum. Sepertimana yang telah disebutkan oleh Hassan Al-Banna ketika menerangkan prinsip yang ketiga dalam Usul Dua Puluh di bawah Rukun Perjanjian yang pertama iaitu Faham.

"Pada iman yang benar dan ibadah yang sahih serta mujahadah terdapat 'Nur' (cahaya) dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati di kalangan hambaNya, menurut siapa yang Dia kehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf (pandang tembus) dan mimpi bukanlah dalil-dalil (hujah) bagi hukum syara'. Ia tidak diambil kira melainkan dengan syarat ia tidak bertembung dengan hukum-hakam agama dan nas-nasNya."

Kadangkala kita dah puas berusaha, dah nampak segalanya..Tapi kadang-kadang kita harap mimpi itu jadi nyata tapi rupanya ia tetap sekadar mimpi.. Berdoalah kepada Allah, Yakin pada Allah... Allah ada dan Allah Maha Mengetahui.. Mungkin juga ia bukan sekadar mimpi.. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui, berusaha untuk membahagiakan diri, jangan biar diri terluka :)

Lalui Hidup.. "just follow the flow" 

#Sahaja2 tambahan :)

 Untuk pilihan hati? Apabila diri tak dihargai

Firstly:
Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki
Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku
Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu
Betapa sakitnya
Betepa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada


Then:

 Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu
 Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka


Finally:
Tak pernahkah kau sadari 
Akulah yang kau sakiti 
 Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari  
Oh Tuhan tolonglah aku 
Hapuskan rasa cintaku
  Akupun ingin bahagia 
 Walau tak bersama dia


 Redha dengan ketentuan Ilahi.. Di saat diri tidak kuat, dan mengharap datangnya bahagia.. Berharap mimpi menjadi nyata, tapi rupanya mimpi tetap sekadar mimpi..
Tapi aku? Takkan putus asa, Aku akan realisasikan mimpi aku.. Dan mimpi aku bukan sekadar mimpi insyaAllah.. Amin :)

No comments:

Post a Comment

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira