Saturday 4 May 2013

Sayang Sampai Syurga

 
   Romate aku Nurul Huda yang baru kahwin bulan Februari hari tu, sekarang dah pregnant :) Alhamdulillah.. Dia dah pregnant 2 bulan.. Mesti comel anak dia nanti.. Huda cantik, zali laki dia pun boleh tahan segak.. Tak sabarnya nak tengok baby dia :)..Tahu tak dorang ni sweet sangat-sangat.. Huda selalu mention kat laki dia "Sayang Sampai Syurga, insyaALLAH :) "... Wahh..bestnya.. Bila lak aku nak bahagia cam tu??? hmmmmm

    Aku pun mahu seseorang yang aku nak sayang dan bahagia sampai Syurga.. Dan aku juga mahu orang yang ikhlas menyayangi aku, tidak menipu aku, yang tidak mempermainkan perasaan aku lagi penting tidak merendahkan aku dan menerima aku seadanya serta boleh membimbing aku menuju jalan yang diredhai Allah..Itu untuk seseorang yang istimewa :).. Yang pasti,tentunya aku sayang Family aku dan kawan-kawan aku sampai Syurga.. Mak, Ayah yang selalu ada untuk aku. Allah ada bersama kita, sentiasa ada dan ingat kepada kita, tapi kita je kadangkala lalai daripada mengingati ALLAH :(... Masa dah susah baru nak ingat Allah, Tapi Allah sentiasa mendengar kita, rintihan kita, Allah bantu kita, walaupun kita tak ingat DIA, tapi DIA sentiasa ada untuk semua hambaNYA.. :)..

  Kenapa nak sayang sampai Syurga?? 


  • Akhirat adalah tempat yang tetap dan kekal untuk semua Umat Manusia, segala pahala dan dosa ditimbang, dan kita akan ditempatkan di Syurga atau Neraka bergantung kepada berat amalan dan dosa kita sepanjang hidup di muka bumi
  • Neraka adalah tempat pembalasan kepada dosa-dosa yang telah kita lakukan. Bagi umat Islam, sekiranya dia berdosa dan ditempatkan di Neraka, maka suatu saat nanti dia akan dikeluarkan dan merasa nikmat Syurga bersama Ahli-ahli Syurga yang lain. InsyaALLAH.. Tapi itu tak bermaksud "Aku orang Islam, macam mana pun nanti aku masuk Syurga juga" Hapuskan pemikiran sebegitu, Kita sebagai Umat Islam kenalah berusaha mengubah diri dan menjadi lebih baik dengan menjauhi larangan Allah dan melakukan SuruhanNYA.
  • Syurga itu indah, dan tempat yang terbaik jadi berusahalah untuk menjadi Ahli Jannah dan bertemu dengan para Ahli Syurga yang lain kelak :)
  • Mati Bunuh Diri sekiranya dia Islam.. Sekali je dia melakukan kerja ni, maka terkeluarlah dia dari Islam.. Kenapa bunuh diri?? Patah hati?, Ditipu?, Tak sanggup meneruskan hidup dalam tekanan?? or tiada jalan keluar lain untuk meneruskan hidup dimuka bumi, lalu mengambil keputusan membunuh diri?? Is that so?? Aku sangat faham rasa sakit hati, kecewa dan patah hati tu macam mana.. Kadang-kadang.. kalau dah sampai tahap tak boleh fikir apa-apa, diri dah lemah, Syaitan mula berbisik agar kita melakukan kemungkaran..Lepas tu, mula jadi tekad.. Sebab itu orang yang tak fikir panjang bila dah dikuasai rasa sedih, marah, tanpa rasa takut ambil keputusan untuk bunuh diri.. Ada juga yang mengalami masalah emosi, gangguan emosi.. Berfikir dengan waras sebelum bertindak.. Allah sentiasa ada dengan kita. Kuat walaupun tak mampu.. Aku faham.. Sebab aku pun tak kuat and sangat weak.
  • Dah semestinya semua orang nak masuk Syurga, bertemu dengan Allah, merasai nikmat di Syurga.. InsyaAllah.. Semua boleh.. Berdoa dan terus berusaha menjadi khalifah yang terbaik dimuka bumi ni..
Sayang aku seadanya
Terima aku seadanya
Jangan buat aku kecewa lagi
Jangan buat aku patah hati lagi dan tak boleh berfikir apa-apa
Aku ni bukan kuat tapi aku cuba untuk kuat, jangan sampai aku tak tahan menanggung semua
Sakit tahu tak???

Siapa nak sayang aku sampai Syurga??
Sayang sampai Syurga




No comments:

Post a Comment

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira