Friday 3 May 2013

Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

 
Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia :)

Gadis yang tersenyum cukup manis dipandang.. Jangan bermuram, berduka, senyum dan berbahagialah kerana anda berhak mendapatkannya :) 
  • Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk dapat tersenyum, tapi senyumlah agar anda berbahagia.
  • Orang yang paling barbahagia adalah orang yang dapat menyebarkan kebahagiaan kepada orang ramai.
  • Jadilah wanita yang bahagia. Dengan berbuat baiklah anda akan dapat menemukan kebahagiaan hakiki.
  • Berhentilah dari merenungi dosa, tetapi renunglah sifat yang baik sebagai penggantinya "Kerana Bencana, Muncullah Doa"
  • Jauhkanlah pemikiran anda dari keputusasaan dan lupakanlah keberadaannya. Pusatkan perhatian anda pada kejayaan, sehingga pada keadaan yang demikian, anda tidak mungkin akan gusar.
  • Jika anda merasa gugup dalam mengerjakan suatu peubatan, jangan sampai anda berputus asa, jangan cemas, dan jangan pula sampai meragukan bahawa jalan keluar pasti akan datang.
  • Belajarlah untuk menghayati perkara yang menakutkan, nescaya rasa takut itu akan hilang.
  • Kehidupan kita, dipengaruhi oleh pola pemikiran kita.
  • Persiapkanlah diri anda untuk menghadapi perkara yang paling buruk, maka akibatnya nanti anda akan merasa selalu baik.
  • Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan sebagai penggantinya curahkan waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.
  • Orang berakal tidak akan bosan untuk meraih manfaat berfikir, tidak putus asa dalam menghadapi keadaan dan tidak akan pernah berhenti daripada berfikir dan berusaha.
  • Jangan bersedih terhadap pekerjaan yang belum dapat anda selesaikan. ketahuilah bahawa pekerjaan orang yang besar itu tiada habis-habisnya "Sesungguhnya ALLAH bila menyukai suatu kaum, DIA akan menimpakan cubaan kepada mereka".
  • Berbahagialah sekarang, bukan esok hari.
  • Tinggalkan angan-angan kosong yang tidak sesuai dengan jerih-payah atau kemampuan anda. "ALLAH memaafkan apa yang telah lalu'.
  • Kebahagiaan anda tidak bergantung pada orang lain, tetapi berada di tangan anda sendiri.
  • Kendalikan fikiran anda nescaya anda akan meraih kebahagiaan.
Itu je serba sedikit kata-kata motivasi  dari buku 'Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia' karya Dr. Aidh  Bin Abdullah Al-Qarni , sebagai bekalan untuk wanita meraih kebahagiaan. Ada banyak lagi. jadi bacalah ye :).. Saya pun tengah nak habiskan buku ni.. Alhamdulillah, serba-sedikit menguatkan lagi dalaman, dan menyembuhkan luka dihati. InsyaALLAH..:)So korang. Jangan besedih, tabah, dan lalui hidup ini dengan indah.. Ingat "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang" :)

sakit kan bila kita mencintai seseorang yang tak pernah membalas cinta kita, apatah lagi untuk menghargainya :'(
Be strong ok.. jangan sedih2 :).. ALLAH ada...
Sekian,

No comments:

Post a Comment

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira