Monday 29 April 2013

When it's about "NO" for A girl

 
 
Hai... huhuhu.. dah habis cuti midsem lorh.. Esok pulak ada test..hewhew...Cuaknya.. 4 Jam kredit ok.. So tuk dak  kelas aku semua...goodluck ok!! Buat yang terbaik esok ok, niat kerana ALLAH  :).. Walaupun just Test...Carry mark tu penting.. huhuhu..Fighting :D

Eh..tapi tujuan aku nak update blog ni bukanlah untuk cakap sal ni..Okeh. Just nak tulis. 'About girl behaviour' ...hohoho..Jap2..Ni bukan cakap sal perangai perempuan ke ape.. hehehe..Actually is all about "No" FOR girl..hehehe... Perkara yang pantang bagi perempuan :).. Just wanna share a little bit info here :)

1) Bila pakai tudung
Hah macam yang kita tahu.. Bagi perempuan yang menutup aurat, of course lah dia akan pakai tudung kan, Bukan tutup rambut ok tutup aurat :) hehe.. Perempuan memang akan pantang sangat2 bila dia pakai tudung especially tudung bawal la kan... Bila tudung tu mengelembung, senget ke, ada kedut kat bahagian depan tudung.. Mula rasa semput.. Kembang-kempis hidung menahan sesak didada nak 'adjust' tudung bagi kemas.. Specially kalau dia nak cepat.. Makin panas jiwa dia..huhu...Kalau tudung si perempuan tu tak menjadi..haih mula la 1 hari dia akan bad mood ok.. Sama jugak untuk yang berlilit-lilit cam selendang lah, kalau panjang sebelah or tersingkat ke.. haih berasap kepala.. Lebih-lebih lagi selendang ni kalau tak lilit betul2, and tak pin kemas-kemas, silap2 hari  bulan tercabut bila ditiup angin.. 

2) Make up
Perempuan biasanya akan make up jugak walupun just solekan tipis sebab  nak bagi muka nampak segar.. Tapi bukan lah over macam Opera tu.. hehe.. Kalau si perempuan tak suka bersolek pun at least dia akan pakai sikit bedak serbuk tu, sebab katanya tak konfiden lah kalau tak pakai ape-ape kat muka.. Berminyaklah, nampak jerawat lah..and macam-macam lagi Tak pun pakai penyegar muka a.k.a Toner bagi muka segar and nampak fresh.. Bagi yang mementingkan penampilan and keterampilan, setiap inci muka akan dibelek untuk memastikan tiada cacat cela di muka.. Biasanya masa yang diambil memang lama.. 1 jam pun boleh jadi, hanya untuk belek muka saja.. Eye shadow, compact powder, blusher, lipbalm/lipstick, foundation, eye liner,lotion, Uv and so on akan ditampal dimuka..hohoho... Itu bagi yang betul-betul bersolek lah..hehe.. So conclusionya kat sini, memang perempuan akan put something kat muka supaya si perempuan nampak cantik and konfiden sepanjang hari, dia takkan keluar tanpa apa-apa diwajahnya..

3) Barang wajib
Ok tadi aku cakap pasal make up.. So barang wajib yang aku maksudkan kat sini, dalam beg si perempuan wajib ada barang-barang ni:
  • Handphone
  • Compact powder
  • lipstick/lipbalm
  • Perfume
  • Cermin (tapi biasanya dalam bedak asas memang dah ada cermin)
Barangan yang disebut diatas, secara umumnya memang akan ada dalam beg perempuan tak kira kemana pun dia pergi.. Dia takkan tinggalkan punya.. Konfem..;) sebab perempuan bawa barang-barang ni kehulur-kehilir untuk maintain make up dimuka, and update their current look supaya dia still nampak cantik, fresh and tak lah berminyak-minyak muka.. Sebab tu perempuan nampak kemas..Dia sangat menjaga keterampilan dia.. Dia akan rasa tak selesa bila muka dia rasa berminyak, or nampak pucat.

4)Jangan matikan keterujaan si perempuan
Perempuan ni sifatnya lembut, dan ingin disayangi.. Biasanya perempuan akan berkongsi cerita dia, kegembiraan dia,apa yang dia buat sepanjang hari kepada orang yang paling rapat dengan diri dia.. Kalau yang berkapel, tentunya dia akan cerita kat boyfriend dia.. Saat si perempuan tangah excited dengan sesuatu or maybe dia sangat teruja untuk melakukan sesuatu lalu dia bercerita kepada anda, kemudian anda memberi respon negatif kepada si gadis, ini akan menbuatkan perempuan tu, kaku, terkebil-kebil, and keterujaan dia habis kat situ, merajuk and rasa cam menangis je.. Yelah orang tengah excited, tiba2 korang cakap, "tal perlu kot cakap dengan aku hal tu"..Alahai si perempuan pula mila lemah semangat, so dia give up and malas nak buat apa yang mulanya buat si perempuan tu teruja.. Haih..macam-macam..

5)Lampu Merah
Hah tahu tak ape tu?? Itu bermaksud 'datang bulan'.. Perempuan yang sudah akil baligh, akan didatangi lampu merah ni kebiasaannya sebulan sekali mengikut kitaran haid perempuan masing-masing.. Bagi perempuan yang mengalami PMS (Pre-menstrual syndrome).. Emosi perempuan sangat terganggu, tidak stabil, marah-marah, cepat terasa and kadangkala sedih.. Bagi yang PMS teruk, akan sakit dekat bahagian pinggang, perut (kawasan rahim), sakit kepala, angin, and sakit dibahagian dada.. Lagi teruk kepada perempuan yang mengalami senggugut teruk, kaki dia akan rasa sejuk macam ais, pitam, rasa macam nak muntah, and nak bergerak sikit pun azab sangat.. Ubatnya tidur paling mujarab, sebab sakit yang tak tertanggung.. Kalau nak lagi reda sakit tu, letak minyak panas or botol yang ada air panas dan tuam kat perut.. Tapi kalau dah pitam, tidur jelah dengan harapan bila bangun sakit tu berkurangan. Time Lampu merah ni janganlah kacau perempuan, nahas je korang.. Sebab sakit dia lagi, PMS akan buat emosi tak stabil.. Time ni seriously perempuan bad mood and hot-tempered.

#Tips tuk elak senggugut, jangan minum ais.. SERIUS!! minum air suam or air panas je.. Tapi kalau sekali-sekala nak minum tak salah :)

Ehhh k lah sampai kat sini dulu.. Esok ada test Ni..huhuhu..Doakan....

Sekian

No comments:

Post a Comment

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira