Tuesday 26 February 2013

Maruah Seorang Perempuan

Hari ni kan kawan-kawan.. Aku nak share sikit pasal Maruah seorang perempuan, n nak beritahu, bertapa tingginya nilai seorang wanita :)

Wahai kaum Adam... Org perempuan ni bukan sekadar seorang perempuan...yang kau boleh datang dekat bile2 kau suke....yang boleh kau suka2 nak bermesra dgn dia..tanpa izin..Tahu..hohoho


"Izin? izin sape plak??... haihh...."

 Izin dari penjaganya lah....

Izin dari IBU BAPAnya, juga izin dari TUHANnya...

"Apesal plak?"

1. Izin dari ibu bapanya

Coz mak ayah adalah orang yang paling berhak kat diri perempuan tu.. So, once kita nak wujudkan ape2 hubungan dgn perempuan tu..kenalah korang si lelaki gi mintak izin kat orang yang paling berhak..

Cuba imagine ae korang2.. Suke ke kite kalau tetibe ade org kacau barang kite tanpa izin? Dlm hal ni, si perempuan adalah hak mutlak ibu bapa dia. So seharusnye kite kena la jumpe si pemilik kalau kite berkehendakkan  sesuatu yg menjadi miliknya. Adalah biadap kalau kite main redah je kan usik hak orang.... Kita pun tak suka kan kalau org buat mcm tu kat anak2 kita satu ari nnti?...kan2??

Dan ape plak perasaan si perempuan pula klu org perlakukan dia mcm tu? Perempuan yg baik tak mungkin akan berasa tenang kalau dia buat sesuatu dgn membelakangkan mak bapak dia....rasa serba salah menyelubungi diri sepanjang masa. Juga dia akan rasa seperti dirinya 'kurang dihormati', sesuke je org nak amik2 die cmtu je...Rasa harga diri dicarik2, n always menghantui si perempuan, if  perempuan tu bukan jenis yg mudah untuk diperlakukan sesuka hati, n sangat2 menjaga maruahnya... Bukan melibatkan maruah si perempuan je, maruah keluarga dia pon sekali.. Yela..orang sekarang akan ckp, 'eh anak sape la tu??'.. Macam mana lah mak ayah dia didik?? Tengok tempias kena keluarga kot.. Tak pasal2, cara didikan disalahkan?? Sedangkan mak ayah mendidik kita agar pandai menjaga diri dan menjauhi perkara-perkara yang tidak baik ini.. Lebih2 lagi kan perempuan2 sekalian.. Jika anda tidak menjaga aurat, anda secara tidak langsung menarik ayah anda, adik laki anda ke 'Neraka'.. Itu ke balasan anda kat ayah? Sayang ayah kan? Jadi sayanglah diri..tahu..huhuu

Nampak tak nilai martabat dan maruah seseorang wanita...betapa berharganya nilai seorang wanita tu =)

2. Izin dari TUHANnya


huu..cmne plak ni??

Firstly, bila lelaki dah minta izin family si gadis, sama la juga maksudnya meminta izin dari TUHANnya.. Nampak la si laki tu ikhlas nak berhubungan dgn perempuan tu.. Bukan terselit niat bukan2..Betul tak? hewhew..

Kedua, dengan cara solat Istikharah. Mmg solat istikharah adalah utk mintak petunjuk. Tapi secara tak langsung  kite mintak izin dari Allah, dalam doa yg dibaca: "Ya Allah, seandainya hubungan ini lebih banyak membawa kebaikan kepada diri kami, keluarga kami dan agama kami, maka kekalkanlah, dan permudahkanlah ia Ya ALLAH......"


Nah....lihat betapa tinggi harga maruah seorang wanita =)

#Copy paste n sedikit pengubahsuaian  :p

# Jadi, kaum Hawa yang dimuliakan Allah sekalian, jagalah diri anda baik2, kerana diri anda sangat bernilai.. :) Jangan mudah menyerah diri, atau melakukan perkara-perkara yang tidak elok.. Jaga akhlak, dan berubahlah.. Jaga batas pergaulan.. N seharusnya, korang as perempuan berasa rugi kerana ketahuilah " si lelaki amat bangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tiada hak untuk memegang anda "

# Saling mengingati :), kerana saya juga seorang perempuan, dan sangat sayang apabila anda mensia-siakan diri untuk yang bukan halal untuk anda.. Beringatlah kawan-kawan sekalian.. Jaga pemakaian anda, n jangan mendedahkan perhiasan diri..

#Berfashion tak salah.. Appear cantik pun tak salah.. :) Kerana Allah tu cantik n sangat suka kepada kecantikan.. Jadi kaum Hawa sekalian, tak salah mengikut trend, tapi salah kalau mendedahkan aurat :).. Jadi fikir2 kan.. Yang terbaik untuk diri anda.. Tak semestinya bertudung selabuh-labuhnya..n perlu dingat bukan tutup rambut semata-mata.. Jadi faham-faham lah sendiri ye..hehehe..:p

#Sekadar perkongsian.. Jadi marilah kita berubah kearah yang lebih baik,insyaAllah hidup akan sentiasa tenang..:).. Selagi masih berkesempatan..:)

No comments:

Post a Comment

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira