Thursday 28 February 2013

Ukhuwah itu indah :D

    Semua manusia perlukan sahabat kan? Dah menjadi fitrah bagi manusia untuk berkawan.. Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanyalah milik ALLAH S.W.T .. Oleh itu. kita perlukan sahabat untuk melengkapi kelemahan kita, (saling melengkapi).. Sahabat yang menjadi penguat disaat kita lemah, menghulurkan tangan disaat kita jatuh dan mengembirakan kita? Betul kan kawan2?? Boleh ke korang hidup sorang2? Susah kan, complicated life jadinya..huhuhu.. Tapi dalam berkawan tu, tengok2 lah jugak, (memilih sikit)..hehe..bukan la bermaksudkan pilih yang korang suke je? Maksud aku, perhati la juga perangainya..Elok ke tidak?? hehehe..Faham murid2..

   Senang je nak mulakan persahabatan kan?? hehe..Nak akhiri persahabatan? Oh no..aku sangat pantang.. Kalau aku boleh sebut satu2 kawan aku huhuhu, aku tak nak langsung putus friendship, tak kira la kawan perempuan ke lelaki..hoho..Dulu zaman sekolah.. Aku ni bukan boleh, kalau aku hangin dengan sorang membe tu..Pastu aku malas tegur.. Tapi perasan tu sekejap je..huhuhu.. Tapi bila nak tegur semula kawan tu, mesti menggigil kepala lutut aku.. Dah si kawan tu plak wat sombong kat aku? huhhuhu.. Mulalah tak bertegur lama, huhu..aku ingat lagi.. Zaman sekolah menengah kot..haishhh...  Mak aku mmg marah sangat kalau aku tak nak kawan orang lah..Jadi aku takut.. sangat2..huhuhu.. Mak aku akan cakap. "Mak bukan hantar along g sekolah untuk bergaduh, tak nak kawan, jadi sombong'? Mak suruh berkawan, tapi pilih kawan yang elok perangainya, pastu mak suruh along belajar, Bersaing dengan kawan2.." Bukan nak bergaduh-gaduh!! Mak nak along baik dengan semua orang, jangan nak suka2 lukakan kawan, jaga hati kawan.. Kita ni hidup kena berkawan, esok2 kawan tu juga yang menolong kamu kalau kamu susah'..Oh..huhu.. Jadi sebab tu aku suka berkawan, n akan cuba jaga hati kawan, walaupun aku ni tak sempurna, n aku selalu menyusahkan orang, tapi aku nak jaga kawan2 aku.. n Sayang kawan-kawan aku.. Oh kawan2 semua..Aku sayang korang.. Mmuuahhhhhhh!!


Allah SWT berfirman yang bermaksud;


"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah ayat1 148)


   Sahabat ni umpama pesaing, n kita akan berusaha sama-sama ke arah kebaikan.. Dengan kawan2, korang akan rasa lagi bersemangat, nak2 dalam pelajaran taw,, Seyes aku jadi camtu, bila da sahabat sekeliling aku, nak2 lagi sokongan family, n aku da family angkat kat Bukit Bunga, Kelantan.. hehe.. Untunglah ada 2 mak, 2 ayah..huhu..Alhamdulillah.. Kadang2 mak aku pun jeles, kalau aku gayut dengan mama n abah kat Kelantan, sbb trademark mama. bila aku cakap, "Assalamualaikum, hello mama!!, mama akan jawab, Waalikumussalam, Sayang Ma!..hihihi.. Eh menyelit pasal family angkat lak..hehehe... Kawan yang baik, akan bawa kita kearah kebaikan. orang cakap, kawan yang betul2 sejati, dia selamba je cakap bad things dpn korang, (tapi bukan belakang korang).. Betul tak? Itulah kawan sejati..

# Jadi korang, jagalah persahabatan anda.. Jangan nak bergaduh2, tak nak kawan segala.. hohoho... Jangan la putuskan silturahim, kita sama2 berkawan, n maju kearah jalan yang diredhai oleh Allah :).. Kita umat Islam sangat mementingkan persaudaraan.. Ukhuwah itu indah!! Jadi jangan sia-siakan :D..

#Semoga persahabatan yang kita bina, diredhai Allah S.w.t dan akan kekal sampai bila2.. Terima kasih kawan2.. korang adalah anugerah yang terindah untuk aku.. Sayang korang!! (Maafkan aku kalau aku ada lukakan korang :(  )
Sekian

Wassalam


No comments:

Post a Comment

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira