Friday 22 February 2013

Hari aku bersama mereka "sahabat" ◕‿◕

     Kalo entry lepas aku citer pasal romat aku Nurul Huda.. Now, aku nak cerita, life aku sem 2, dengan seorang sahabat, sangat gila2, kepala masuk air, mcm aku..hehehe.. Kiteorang memang sekepala la..hihihi.. Nama dia Nurul Aine Bt Rosli.. hihihi..ejaan nama dia memang cmtu..hihi.. Dia ni romat aku masa aku sem 2.. Sem yang sangat kritikal untuk aku.. Sem yang penuh dugaan, yang membuatkan aku menangis hampir setiap hari, N Aine la orang yg salu cool kan aku, kadang2 dia diam, n tengok je aku.. Memang aku sangat weak waktu tu.. Macam2 yang aku lalui..  Dengan jadual yang sangat-sangat padat, kelas makmal n projek yang terlalu banyak tuk Kos yg ak ambil aku.. Dengan kesilapan aku waktu sem 1, yang membuatkan aku kena repeat 1 paper.. Aku rasa teribble sangat time tu..

  Dalam situasi sulit yang aku lalui ketika tu, ada cahaya-cahaya yang datang menerangi hidup aku, yang tak pernah putus memberi semangat kat aku.. Itulah sahabat.. Yang rasa perit sama2, nak2 kami ni terlibat dgn unit beruniform, jadi kami sama-sama faham situasi masing-masing.. Sahabat yang aku maksudkan, tak lain tak bukan, mestilah Aine,dan juga insan lain iaitu Fathin Nadia, Farrah Ain (Kecik) dan Fariza (Faz).. Kami berlima, akan bersama-sama, tak kira masa, menghiburkan antara satu sama lain.. Kami memang dikenali di kolej kediaman, dek kerana, kami yang selalu membuat bising, dengan gelak ketawa yang boleh meruntuhkan 1 kolej kediaman.. Tapi itulah ubat untuk aku.. Yang membuatkan aku tabah menjalani hari-hari sulit aku..  Terima kasih korang.. huhu.. Aku sakit, korang jaga.. aku sayang korang.. Bila aku sakit, sampai dipapah bawa ke kelas, tapi Fathin Nadia (classmate) tetap sabar dgn aku, n bantu aku.. Aku terharu n aku sangat bertuah dikurniakan kawan yang baik untuk aku.. aku bersyukur..

   Ok, aku taknak citer sedih2.. Meh Aku cerita kat korang.. Ape antara yang berlaku masa aku sem 2.. :).. Hari-hari aku dengan mereka.. hari-hari gembira kami yang gile2..no sedih2..hehe

  Kami sangat suka karok (karaoke)..hehe.. Bila kami stress, kami akan karok.. Suara masing2 mmg sedap.. mengalahkan penyanyi2 yg ada sekarang taw..hihihi.. Tak percaya? haha..ikot korang la :p.. Tp paling dahsyat Fathin or ak pggl R-10..hihi..Dia suka dangdut whohh!!..hehe.. Aku pon turut terjebak..haha.. Aku n R-10 pernah karok lagu Mas idayu yg bertajuk 100 percent ..dpn public taw.haha..Orang2 kampung seme tgk weh..alahai..gile tak gile kami ni? Panjat pagar? huhuh..kami pernah jugak..Sebab balik lewat...huhu..hehehe..Ganas tak??

Kalau karok tu..masing2 tak nak lepas Mikrofon..mula2 je malu, lepas tu..Tak ingat dunia..haha..
Lepas tu kalau kami berlima outing..huhuhu... Kalau boleh..tak nak balik, haha..Lagi kiteorang ni mmg suka sangat makan.. Nasi Lemak specially plus ayam goreng, sambal lebih.. mau tak montel badan ak? Boleh kata hari-hari kot..hehehe, air feveret Milo cincau.. Dengan aku2 yang tak boleh minum ais bedal jugak..hihihih.. Kaw gile milo tu..BEST!!

hehehe..hmm... Kalau si Farrah Ain..hehe, dia cm garang sikit.. dia diam.. sekali keluar..Pehh pedas..hehehe.. Kalau si Fariza plak, dia ni comel sangat2..hihihi.. Lepas tu, kami masing2 ada haiwan peliharaan?haha..nak tengok?

hahaha..tu lah binatang peliharaan kiteorang..hihi..sbb 'pet is not allowed' kat kolej kediaman, so kiteorang mmg cam budak2 men benda alah ni seme..hihihi..  Aku n Aine ada kura2 yang sama.. tu haa!! yang tersangkut kat tingkap tu..hehehe.. Aku punya kale hijau n Aine pulak kale Purple..hihihi.. nampak tak budak2 kami ni..haha..dah la kiteorang comel..hihi baby face sangat plak tu..haha..so mmg omey sangat kiteorang main patung2 ni semua..haha..tengok kura2..huhu.. Sian kura2 tu, jd mangsa kiteorang..hihi..mahluk2 ni seme kami berlima punya taw.. Bahagianya kami berlima.. Even macam2 dugaan yang kami tempuhi, kami tetap mampu ukir senyuman.. Sebab ikatan persahabatan antara kami berlima..hehe..

Nak tengok pix kami?
Nak ke tak nak? bek cakap =.=..hahaha..

Nak tak nak, aku tunjuk jugak ae..hihihi

 Cantik tak? haha...mereka ni la penyeri hidup aku taw.. Tarikh pix ni diambil?? 9 June 2012.. Time befday aku.. Memang hepi sangat2 kami berlima.. tengok la tu..hahaha..Bahagia kan? Mereka ni lah yang buat aku tersenyum setiap hari, tanpa fikir ape2 bebanan yang meyulitkan.. Semua orang busy, tapi kita kenalah pandai bahagi masa kan? So tq korang..




  Nak tengok bilik aku waktu sem 2? haha.. aku dgn Aine :).. Kami suka kemas, n aku selesa sangat kat bilik..dengan Aine..hihihi..Ok ni dia!!


haaaaaaa..tu la..kemas tak?hehehe..(time inspection)
Yang pink tu katil aku, yang da cik garfield tu katil Aine.. Sobsssss..aku dah rindu gile kat dorang sebenarnya..specially Aine :(.. Awak jaga diri baik2 taw..huhuhu.. Kite sayang awak.. Kita sayang semua kawan2 kita.. :D






Time berkawad pun kiteorang boleh wat lawak, plus time kena denda pun..huhuhu.. Memang mujarab kalau kita tersenyum, senang hati.. Ape2 yang complicated, akan jadi simple.. :).. N mudah untuk dihadapi n diselesaikan.. Sama jugak macam belajar.. Complicated mana pun sesuatu benda tu.. Just bertenang, slow2.. n buat yang terbaik..

#Hargailah kawan2, jangan pentingkan diri, ambil hati mereka.. Sayang mereka,n jangan buat mereka terluka kerana kita.. Kawan adalah anugerah dari Allah, untuk kita hidup as khalifah di muka bumi ni, untuk mencari keredhaan dan kebenaran, jadi hargailah rakan, dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.. Amin.. :)

#Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.. Sebagai bukti, cgpa aku skrg above 3.. n pointer aku sem lepas 3.46.. Alhamdulillah..sangat2 meningkat..Jadi jangan putus asa, kerana peluang masih ada n terbuka luas untuk korang..Rebutlah peluang tu.. Jangan patah semangat.. Aku dah pernah gagal sekali, sekarang masa untuk kedepan..jadi korang.. SEMANGAT!!

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Allah tahu yang terbaik untuk kita.. Jadi fikir2 kan.. :)

Wassalam


No comments:

Post a Comment

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira