Saturday 23 February 2013

Tipu, penipu dan ditipu.. -___-

      Hoh, asal lak tajuk entry aku cmtu..hohoho.. Nak tahu kenapa? Semalam aku dengan tak sengajanya tertengok cerita Upin-Ipin, n title dia 'Kisah si pengembala kambing dan serigala'.. hehe...(padahal mmg suka tgk, bukan TERtengok.hihihi) .. Ok tahu tak sal cite pengembala kambing ni? Aku rasa semua tahu kot.. Ke tak tahu =.=, Kpop seme taw plak ae..hihihi.. Ok2, cool2.. saje je nyakat..hihi..

   Bagi sape yg tahu, bagus2.. sila tepuk tangan untuk diri sendiri..haha.. Ok.. pe kaitan citer si pengembala kambing n entry aku hari ni? hohoho..tahu ke tak tahu? Kalau sape yg tahu citer tu..hehe..Dia faham la..hehe.. Ok macam ni sebenarnya, aku cuba ringkasakan..Pengembala kambing ni, dia selalu menipu.. Tipu camne? Ok.. Pada zaman dahulu, da 1 org pengembala kambing, dia ni pemalas.. n cepat bosan bila jaga kambing.. Bila dia bosan, mulalah datang idea dia nak main2 kan org2 kampung.. Mainkan macam mane?..hmm... Dia menjerit meminta tolong dari orang2 kampung, sambil menjerit.. "Tolong-tolong! Ada serigala yang mahu makan kambing-kambing saya..!" Orang kampung yang terdengar, heh apa lagi. cepat2 la dorang semua pergi kearah pengembala tu, sambil bawa senjata yang boleh bunuh serigala tu.. Bila orang2 kampung ni sampai, pengembala kambing tu tertawa terbahak-bahak, n dengan selamba cakap.. Mana da serigala kat sini..hahahahaha...Then, Keesokan harinya, pengembala tu buat trick yang sama untuk mainkan orang-orang kampung tu lagi.. Tapi malangnya, orang kampung kena tipu lagi.. So ape lagi benganglah orang2 kampung tu.haha..kalo korang pon bengang kan.? Nak bergurau pun agak2 lah kan..hhuhu

   Then, pada suatu petang tu, haih.. betul-betul ada serigala yang mai datang makan kambing2 dia..haiyo..  Ape lagi, cuak la si pengembala tu taw..So, dia pon menjerit minta tolong, tp malangnya takde sorang pon yang pedulik kat si pengembala tu..hoho..maklumlah sebelum ni dorang asik kena tipu je kan..hewhew.. So habislah semua kambing-kambing si pengembala menjadi korban.. Itulah menipu lagi, dah orang tak percaya, bila ko memang betul2 dalam kesusahan, .. So Itulah sebabnya tajuk entry aku cam tu..hehe..faham dah?

   Kita ni, tolonglah bersikap jujur, jangan menipu n mempermainkan orang lain.. Jangan pentingkan diri, n jangan ingat diri orang lain boleh dipermainkan untuk menghiburkan diri kita.. Heh, aku pantang orang macam ni.. Jujurlah wahai kawan-kawan.. :) Sebab menipu tu hanya merugikan diri sendiri, Ok.. Aku mengaku, aku pun kadang2 tak jujur, sebab aku pun manusia biasa yang tak sempurna, tapi aku cuba untuk jadi sejujur mungkin, sebab aku nak jaga hati n perasaan orang yang aku sayang..

So janganlah jadi macam pengembala kambing ni taw, sayang2 sekalian.. :D..taw2.. Tolong ye..hihihi

  Berkata benarlah walaupun ianya pahit wahai sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah sekalian :).. Kebenaran memang pahit kadang-kadang tu, jadi be strong lah kawan-kawan.. Ingatlah, walau besar mana pun dugaan yang menimpa anda, itu semua adalah ujian dari Allah kepada anda, tanda sayangnya Allah kepada anda, sebab Allah takkan beri sesuatu ujian itu sekiranya anda tidak mampu menghadapinya.. Jadi korang sebenarnya kuat, jangan rasa diri tu weak.. Sebab anda mampu, berfikirlah dengan positif, n hadapi dengan cara yang terbaik, insyaALLAH akan dipermudahkan.. Amin :)

#Motivasi untuk diri sendiri juga.. N aku share dengan korang.. Jadi sama-samalah berubah kearah yang lebih baik..insyaALLAH :)

Wassalam



No comments:

Post a Comment

Copyright@segalanya punya story hak milik kekal Kieyra Syakira